Aura Montoria Kota Belud Sabah

Aura Montoria Kota Belud Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Hari ini Murni nak sambung lagi entri yang pending sejak dari bulan Oktober lagi. Entri kali ni berkaitan dengan trip hiking, camping & travel ke Kota Belud, tapi Murni akan lebihkan perkongsian hiking di Aura Montoria. Jauh perjalan Murni kali ni dari Lahad Datu ke Kota Belud untuk menikmati keindahan alam yang terdapat di Aura Montoria & juga ingin menikmati pemandangan Gunung Kinabalu dari Dingin Batu Campsite. 

Aura Montoria Kota Belud Sabah

Nabalu Point
Nabalu Point

Seramai 10 orang yang join trip kali ni termasuk penganjur program dengan menggunakan kenderaan bas mini. Kami bergerak dari Lahad Datu pada 06/10/2023 jam 09:30 malam. Kami sampai di Kundasang dalam jam 5 lebih. Kami singgah sebentar di Masjid Jamek untuk solat dan bersiap-siap sebelum aktiviti hiking bermula. Dalam jam 06:30 pagi kami singgah sebentar di Nabalu Point, Pekan Nabalu untuk menikmati pemandangan Gunung Kinabalu & bergambar.

Aura Montoria Kota Belud Sabah

Usai bergambar di Nabalu Point, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Kampung Sayap. Trail Aura Montoria terletak di Kampung Sayap Kota Belud. Kami sampai di Kampung Sayap dalam jam 08:40 pagi. Hiking kali ni Murni tak sempat untuk sarapan makanan berat, hanya makan roti saja. Selesai saja sesi taklimat ringkas dari guide, bacaan doa & sesi bergambar, kami memulakan pendakian dalam jam 09:30 pagi. Perancangan awal, kami nak hiking trail yang 7km, tapi atas sebab tertentu pilih trail yang 6km saja. 

Jambatan Gantung Aura Montoria
Jambatan Gantung Aura Montoria

Murni agak teruja sebenarnya bila dapat hiking di Aura Montoria ni, almaklumlah sebelum ni Murni hanya mampu nampak gambar saja di Facebook bila rakan-rakan berkongsi tempat hiking menarik di Kota Belud. Trail menuju ke Jambatan Gantung yang terdapat di Aura Montoria ni tidaklah teruk mana, hanya perlu berhati-hati dengan langkah bila menuruni bukit saja. Air sungai yang menghijau Subhanallah indah yang teramat sangat, bagi Murni sukar digambarkan dengan kata-kata. Korang wajib datang ke sini.

Batu Mondou (Gung-gung Cha) Aura Montoria Kota Belud Sabah
Batu Mondou (Batu Gung-gung Cha)

Selepas jambatan gantung, maka bermulalah pendakian yang mana bagi Murni sedikit mencabar sebab perlu naik bukit saja hahaha. Murni hampir pitam juga masa naik bukit di kawasan yang berbatu besar. Ni kes sebab Murni tak sarapan berat sebelum mulakan pendakian, biasa terjadi tambah lagi kalau gastriknya menyerang. Kami sampai di Batu Mondou dalam jam 10:30 pagi.


Gua Mulut Aura Montoria Kota Belud Sabah
Gua Mulut

Usai bergambar di Batu Mondou/Batu Gung-gung Cha, kami teruskan pendakian ke Gua Mulut. Sebelum sampai di Gua Mulut korang akan melalui pokok besar yang mana korang boleh lalu didalamnya (nanti tengok dalam video). Jarak dari Batu Mondou ke Gua Mulut tidaklah jauh manapun dalam 5 minit pun dah boleh sampai.



Gua Mulut Aura Montoria Kota Belud Sabah
Gua Mulut

Guide kami pada masa itu ada maklumkan dengan Murni, kalau nak bergambar di Gua Mulut ada satu tempat yang korang wajib untuk ambil gambar berlatar belakangkan seakan-akan bentuk wajah seperti dalam gambar di atas. Posisi untuk bergambar kepala perlu mendongak sedikit memandang ke atas seolah-olah kau tengah berinteraksi dengan alam. Korang nampak bentuk wajah? Kalau nampak, kita geng hihi.


Waig Minorol Aura Montoria Kota Belud Sabah
Waig Minorol
  

Pendakian kami diteruskan lagi menuju ke Waig Minorol, sumber air mineral semulajadi. Murni ambil peluang untuk merasai sendiri air semulajadi, lagi sedap dan segar berbanding air mineral jenama xxx yang Murni biasa minum hihi. Sempat singgah di Wasai Minorol sebelum menuju ke Gua Wongking (nanti boleh tengok dalam video)


Air Terjun & Liogu Ourod
Liogu Ourod (waterfall)

Selepas menuruni Gua Wongking, mata korang akan disajikan dengan mini air terjun (Liogu Ourod). Murni kalau jumpa air mesti nak bermandi-manda juga, tapi Murni sempat bertanya dengan guide sama ada kawasan ni dalam atau tidak & jawapan guide tempat ni dalam. Murni pun cukuplah basahkan kaki saja haha. Usai bergambar, kami bergerak menuju ke Gua Kelawar pula.


Gua Kelawar Aura Montoria Kota Belud Sabah
Gua Kelawar

Gua kelawar ni terletak di bahagian atas Liogu Ourod saja, perlu memanjat anak tangga yang tersedia & naik bukit sikit. Tempat ni pun cantik untuk bergambar. Usai bergambar, kami teruskan perjalanan menuju ke kawasan air terjun (Wasai Id Gua) yang berada di atas Gua Kelawar. Perlu panjat anak tangga & mendaki juga.

Air Terjun Aura Montoria Kota Belud Sabah
Wasai Id Gua

Kami sampai ke kawasan air terjun dalam jam 12:00 tengah hari. Kawasan air terjun ni sangat cantik & apa yang membuatkan Murni teruja bila tengok ikan-ikan semua besar-besar. Murni masuk dalam air pun sekejap saja sebab takut ikan menggigit haha.

Pogimpaan Ko-Duo Aura Montoria Kota Belud
Pogimpaan Ko-Duo

Kami teruskan pendakian menuju ke Pogimpaan Ko-Duo. Kami sampai di pelantar dalam jam 12:30 tengah hari. Cuaca masa ni dalam keadaan mendung. Kami teruskan perjalanan menuju ke campsite.

Campsite Aura Montoria Kota Belud Sabah
Campsite 

Bila dah sampai di kawasan campsite, korang boleh beristirahat & bermandi-manda juga. Murni sempatlah mengisi perut yang tengah lapar dengan maggi cup. Sempat juga masuk dalam air sekejap, air dia sumpah sejuk yakmat. Murni keluar dari air kepala auto pening-pening haha. Hujan renyai-renyai masa ni. Kawasan campsite ni ada disediakan kemudahan peralatan dapur untuk korang yang nak memasak. Nah video pendek sepanjang hiking di Aura Montoria

Usai makan dan berehat sekejap, kami teruskan perjalanan pulang. Part yang paling seram bagi Murni masa lalu Jambatan Gantung air sungai cepat naik & deras. Masa kami masuk cuaca cerah, masa keluar hujan. Murni sampai ke starting point dalam jam 3:00 petang ditambah dengan sakit kepala lagi. Sebelum kami bergerak menuju ke Batu Dingin Campsite, Murni muntah durian haha. Rezeki kami juga masa tu dapat merasa durian murah dapat sekilo RM3 saja.

Kami sampai di Dingin Batu Campsite dalam jam 7 lebih. Siap pasang tent & makan malam. Penat hiking Murni tidur awal malam tu. Gigih bangun awal subuh untuk dapatkan time lapse sunrise berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.



Murni kembali ke Lahad Datu pada 08/10/2023 & sampai dalam jam 09:00 malam. Best sangat trip kali ni, syukur alhamdulillah dapat menikmati keindahan alam. In Sha Allah ada rezeki lebih Murni nak join lagi. Sampai sini saja perkongsian Murni, korang tunggu tau ada lagi ni entri blog yang masih pending. Terima kasih sudi baca entri Aura Montoria Kota Belud Sabah 😘