Tawai Waterfall Hiking & Camping

Tawai Waterfall Telupid Sabah - Camping & Hiking | Assalamualaikum & Salam sejahtera. Hi, korang! Hampir dua bulan lebih Murni tak kemaskini blog, males apalah nak buka laptop haha. Hari ni rasa ringan sikit kepala otak, jadi marilah bersama-sama menikmati alam di Tawai Waterfall yang terletak di Telupid, Sabah. Murni 1st time camping di Tawai & untuk hiking masuk kali yang jedua. Korang boleh baca catatan hiking sebelum ini [+] Hiking Tawai Waterfall Telupid Sabah.

Tawai Waterfall Telupid Sabah - Camping & Hiking

Actually Murni ikut trip ni 26-27/08/2023 & hari ni baru ada masa nak berkongsi pengalaman sepanjang bercamping & hiking di Tawai. Maaf entah apalah yang disibukkan sejak belakangan ini. Kalau diikutkan hati Murni dah serik sebenarnya hiking di Tawai, tapi memandangkan pada masa itu Murni tengah berada di titik paling bawah (kecewa berabis dengan sikap manusia) maka pergilah healing bersama-sama kawan. Sanggup ni turun dari Lahad Datu ke Sandakan kemudian ke Telupid. Murni bertolak dari Lahad Datu ke Sandakan pada 25hb pada sebelah petang usai saja waktu kerja. 

26/08/2023

Kami bertolak dari Sandakan ke Telupid pada 26hb waktu tengah hari & sampai di Tawai Rainforest Camp dalam jam 5 lebih. 14 ketul manusia sumbat dalam sebuah mas mini yang dipenuhi dengan barang-barang camping haha. 

Tawai Waterfall

Manis apalah geng gegurls ni, tutup kilang gula haha. Sebelum kami setup khemah masing-masing wajiblah bergambar terlebih dahulu di mercu tanda Tawai Rainforest Camp. 

Tawai Waterfall

Hmmm tak habis lagi gambarnya. Usai bergambar bermulalah kisah si Murni yang menyedihkan haha. Boleh pula tentnya tertinggal dalam bas bertambah syahdu hiking sticknya pun disimpan sekali dalam beg tent. Menangis tak berlagu uiii.

Tawai Waterfall

Bersyukurlah juga masa ni kak Adah bagi pinjam tent kawan dia, bolehlah Murni guna. Terima kasih kak Adah love you berjuta-juta lemon haha. Siap pasang tent, mandi apa semua. Dalam jam 10 malam macam tu, gastrik manja-manja pula datang huhu. Ni kes sebab lambat makan tengah hari. Terpaksa keluar tent cari makan haha. 

Pengisian waktu malam tak banyak sekadar teman Live Tiktok Ustad Abdul Rauf berkongsi pengalaman hiking, karaoke, & makan-makan. Tidur awal sebab kena bangun awal keesokan harinya untuk pergi hiking.


27/08/2023

Tawai Waterfall

Kami bertolak dari Tawai Rainforest Camp menuju ke starting point dalam jam 8:30 pagi. Jarak perjalanan ke starting point ambil masa dalam setengah jam dengan menaiki lori.



Tawai Waterfall

Macam biasa sebelum memulakan pengembaraan, wajib berdoa. Kami memulakan pendakian dalam jam 09:20 pagi. Masa ni Murni tawakkal sajalah sebab tiada bawa hiking stick. Hanya berbekalkan payung sajalah untuk berteduh dari cuaca yang panas terik huhu.

Tawai Waterfall

dMencabar betul hiking kali ni, kena gastrik masa dalam perjalanan menuju ke starting point. Perut dah mula rasa mencucuk, pilihan yang ada tahan sakit sajalah. Tak ingat dah masuk KM berapa muntah sajalah sepanjang jalan. Pewai berabis, sikit lagi patah balik haha


Tawai Waterfall

Momen yang akan sentiasa dikenang. Terima kasih Kak Aisyah, Kak Adah, Anna, Iting, Mashi (ahhhh lupa nama siapa lagi ya) sebab tunggu si Munni di belakang, minta maaf juga sebab sudah susahkan kamu huhu (macam mau nangis pun ada juga).


Tawai Waterfall Telupid Sabah


Nah gambar tantek selepas kau berjuang melawan rasa sakit yang ditanggung selama ni haha. Love teruk dengan air terjun Tawai. Sedikit kecewa jugalah sebab guide minta kami semua naik dalam jam 2:00 petang. Tak banyak gambar & video yang dirakam masa ni. 

Selamat sampai di starting point dalam jam 4 petang, macam biasalah Murni antara yang lambat keluar. Minta maaf semuanya sebab lama menunggu. 

Tawai Waterfall

Sebelum bergerak semula ke Tawai Rainforest Camp, bergambar dulu abadikan kenangan dulu dengan muka-muka ceria disebaliknya ada kepenatan yang disembunyikan haha.


Tawai Waterfall

Bukan si Murni kalau tak ada gambar pewainya haha. Usai bergambar kami kemas tent & mandi terlebih dahulu sebelum memulakan perjalan balik ke Sandakan. Murni bertolak ke Lahad Datu pada waktu tengah malam sebab keesokan harinya Murni kerja. 

Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai aktiviti camping di Tawai Rainforest Camp & hiking menuju ke Tawai Watefall. Next aktiviti hiking Murni akan kongsikan di daerah Lahad Datu pula. Terima kasih korang sudi baca entri ni 😘