Hiking Pulau Berhala Sandakan 4.0

Hiking Pulau Berhala Sandakan 4.0 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Sebenarnya Murni dah lama sangat gantung kasut dari dunia hiking, last pun menggunung di Gunung Kinabalu bulan 11 tahun lepas. Sebelum ni ada jugalah Murni join aktiviti river trekking di Merabung & Lembah Mak Sina, tapi tahap kesukarannya tak sama dengan hiking. Bagi pendapat Murni sendiri aktiviti river trekking ni lebih santai berbanding aktiviti hiking, almaklumlah hiking ni banyak melibatkan emosi & mental (contoh; jauh lagi ka? berapa jam lagi sampai?) haha 


Hiking Pulau Berhala Sandakan 4.0

Kembali kepada cerita hiking di Pulau Berhala Sandakan, sebenarnya awal bulan lepas sahabat Murni pelawa untuk hiking di Pulau Berhala. Pada masa itu, Murni tak bagi jawapan terus nak join ke tak, sebab Murni perlu rancang cuti rehat terlebih dahulu. Memandangkan aktiviti hiking tersebut berlangsung pada 28/05/2025 bersamaan hari ahad, jadi bolehlah Murni ambil cuti rehat pada 29/05 & kebetulan juga Perayaan Pesta Kaamatan jatuh pada 30 & 31/05 Murni plan untuk tinggal lama sikit di Sandakan. Murni bertolak dari Lahad Datu ke Sandakan pada hari sabtu. 


Murni teringin sangat nak hiking semula di Pulau Berhala, kali terakhir Murni hiking di tempat ni tahun 2021. Korang boleh baca catatan [+] Hiking Pulau Berhala Sandakan 3.0 . Murni rindu sebenarnya hiking di Sandakan, almaklumlah selepas berpindah kerja ke tempat asal Murni dah gantung kasut (tak hiking). Rutin harian bangun, pergi kerja, balik kerja, tidur. Bosan apalah kehidupan bila tak hiking haha


Hiking Pulau Berhala Sandakan 4.0


28/05/2023 Seawal jam 6 lebih kami dah berkumpul di dataran I 💗SANDAKAN. Seramai 64 hikers yang sertai aktiviti hiking di Pulau Berhala. Kutipan bayaran permit & tambang bot diselesaikan terlebih dahulu sebelum bergerak ke Jeti Pasar Umum Sandakan. Perkara wajib sebelum memulakan perjalanan wajib ambil gambar beramai-ramai, bolehlah buat kenangan hari mendatang.


Kami menaiki bot yang terakhir bergerak dari Jeti Pasar Umum dalam jam 08:25 pagi dan sampai ke Jeti Perkampungan Pulau Berhala dalam jam 08:39 pagi. Sebelum memulakan pendakian macam biasa taklimat ringkas mengenai keselamatan sepanjang pendakian & iringan doa adalah perkara wajib yang perlu dibuat.


Hiking Pulau Berhala Sandakan 4.0
Peak 1 Menara Api

Kami memulakan pendakian dalam jam 08:50 pagi. Masa pendakian menuju ke Peak 1 Menara Api, Murni muntah ya mabuk laut tak hilang lagi masa ni. Setiap kali masuk Pulau Berhala Murni memang macam nilah muntah & surprisingly tempat yang Murni muntah mesti tempat yang sama haha Nasiblah masa ni rakan hikers menunggu & ada yang membantu untuk bawa beg Murni. Terima kasih semuanya. Murni sampai ke Peak 1 dalam jam 09:40 pagi, berehat seketika di bawah Menara Api yang lama.



Hiking Pulau Berhala Sandakan 4.0

Setiap kali sampai ke Peak 1, Murni tak akan lepaskan peluang untuk memanjat Menara Api yang lama untuk melihat pemandangan sekitar Pulau Berhala. Nikmat sangat bila mata disajikan dengan keindahan pokok-pokok yang menghijau, laut yang terbentang luas & langit yang cerah. Kenangan lebih manis bila ada hikers yang sempat ambil gambar Murni dari Menara Api yang baru (Cuba cari Murni dalam gambar kedua, atas sebelah kanan)


Hiking Pulau Berhala Sandakan 4.0

Dah alang-alang naik Menara Api yang lama, Murni teringin jugalah nak naik Menara Api yang baru. Alhamdulillah berjaya juga untuk memanjat sampai ke atas Menara Api. Cukuplah sekali Murni naik ke atas, minta ampun sakit bahu & tangan dibuatnya. Pemandangan dari Menara Api yang baru sangat cantik & indah. Murni sempat ambil gambar di atas, pemandangan Peak 2 Bohey Luyang.


Usai bergambar di Peak 1 Menara Api, kami pun bergerak ke Kantin dalam jam 10:40 pagi & sampai ke Kantin dalam jam 11:10 pagi. Cuaca sangat panas masa ni. Bila sampai ke kantin, tekak rasa nak minum air sejuk. Rehat sebentar sebelum memulakan pendakian ke Peak 2 Bohey Luyang.


Hiking Pulau Berhala Sandakan 4.0
Peak 2 Bohey Luyang

Kami memulakan pendakian ke Peak 2 dalam jam 11:45 pagi, cuaca panas terik yakmat masa ni. Niat Murni memang nak sampai ke Peak 2, gigihkan diri untuk teruskan pendakian walaupun ada setan yang tengah berbisik di telinga untuk patah balik haha. Kali ni Murni naik ke Peak 2 tanpa bawa beg hanya sebotol air kecil saja, itupun Murni minta bantuan kawan untuk bawakan. Murni sampai ke Peak 2 dalam jam 12:40 tengah hari. Kiranya Murni orang terakhir yang ditunggu untuk sampai ke Peak 2 haha. 


Usai bergambar di Peak 2, maka turunlah kami ke Kantin semula. Masa ni Murni laju ya turun ke bawah meninggalkan hikers yang lain haha almaklumlah Murni dah tak tahan dengan cuaca panas. Murni sampai di Kantin dalam jam 01:40 petang. Sampai-sampai saja mencari angin, angin pun tak ada haha. Kami bergerak pulang ke Jeti Pasar Umum Sandakan dalam jam 01:50 petang.


Murni sediakan video pendek sepanjang aktiviti hiking di Pulau Berhala Sandakan. Selamat menonton! Jangan lupa Like & Subscribe YouTube Channel Murni ya sebagai tanda sokongan untuk terus berkarya 😘



Sampai sini saja perkongsian aktiviti hiking di Pulau Berhala Sandakan. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Terima kasih korang sudi baca entri ni 😘