Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0

Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Murni harap korang baik-baik saja & semoga Allah lindungi kita semua dari Covid-19. Hari ni Murni nak berkongsi lagi aktiviti hiking di Pulau Berhala Sandakan pada 07/03/2021. 

Rasa bersyukur sangat dalam keadaan pandemik ni, kami masih diberi peluang & kelonggaran untuk melakukan aktiviti outdoor mengikut SOP negeri Sabah yang telah ditetapkan. Kami bergerak dalam kumpulan seramai 10 orang sahaja.

Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0

Kenapa hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0? Actually, kali ini dah masuk kali ke tiga Murni sertai aktiviti hiking di Pulau Berhala. Trailnya masa ni bikin patah juga, pewai sis dibuatnya haha.

Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0
Menaiki Bot Menuju Ke Pulau Berhala

Kami berkumpul di jeti berhampiran dengan Pejabat Pos Sandakan jam 7 lebih untuk menaiki bot ke Pulau berhala. Kalau korang nak ke Pulau Berhala ada pilihan sama ada nak naik bot atau kapal dari Jeti Pasar Sandakan. Jarak perjalanan ambil masa dalam 15 hingga ke 20 minit.

Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0
Jeti Perkampungan Pulau Berhala

Setibanya di Jeti perkamungan Pulau Berhala, Murni muntah 😭. Inilah masalah kalau mabuk laut haha. Sebelum bergerak mengagihkan sumbangan kepada penduduk kampung, Murni siap-siap telan panadol takut nanti pengsan kunun haha. Usai mengagihkan sumbangan, sebelum memulakan aktiviti hiking sempat lagi team kami singgah menghadiri majlis kahwin di kampung tersebut.

Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0
Puncak Rumah Api Pulau Berhala Sandakan

Kami memulakan pendakian pun agak lewat sedikit, matahari pun dah mulai naik terpacak atas kepala haha. Menuju ke puncak rumah api Pulau Berhala sekali lagi Murni muntah, ampun sangat masa ni pewai habis pergerakan Murni pun jadi lambat. Nasib baik ada rakan hikers yang sanggup menunggu, terima kasih semuanya.

Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0
Menara Peninjau Puncak Rumah Api Pulau Berhala Sandakan

Yessss finally ada gambar sendiri panjat menara peninjau ni, hiking sebelum ni  tidak terfikir pun nak ambil gambar untuk kenangan-kenangan hihi. Sampai ke atas menara tipulah kalau lutut tak menggeletar haha tapi beranikan diri juga sebab nak tengok view yang indah yakmat lukisan alam ciptaan Tuhan; laut terbentang luas, langit yang membiru, & kehijauan alam. Nanti korang boleh tengok pemandangan dari atas menara peninjau dalam video di akhir entri ni.

Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0

Usai ambil video & gambar di Puncak Rumah Api Pulau Berhala, kami menuju ke kawasan pantai pula. Trail menuju ke pantai ni agak mencabar sedikit. Ni adalah kali petama Murni melalui trail dari Puncak Rumah Api menuruni bukit yang agak curam sedikit menuju ke pantai (nama pantai Murni lupa haha), silap langkah memang boleh jatuh guling-guling haha. Hampir tersesat juga sebenarnya masa ni, tapi kami ambil langkah untuk berhenti di pertengahan laluan & menunggu beberapa hikers yang sudah jauh ke hadapan untuk patah balik. Belajar sesuatu dari kejadian ni.

Setengah jam lebih kami beristirahat di tepi pantai. Untunglah bagi mereka yang pandai berenang, Murni hanya mampu melihat gelagat mereka dari kejauhan saja haha.  Agak sedih jugaklah bila melihat keindahan pantai ni tercemar dengan sampah-sampah yang hanyut dibawa arus sehingga ke pesisir pantai Pulau Berhala. Cintai alam sekitar, mohon jangan membuang sampah terus ke laut terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan berhampiran. 

Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0
Pesisir Pantai Bohey Luyang

Sambung lagi pendakian untuk menuju ke pantai seterusnya yang mana dahulunya terdapat jeti di kawasan tersebut, kini jeti tersebut sudah tiada. Setibanya kami memang agak terkejut juga, mana taknya last hiking pun jeti di kawasan pantai tu masih ada. Setahun tak masuk Pulau Berhala, macam-macam yang boleh berlaku. Trail menuju ke pantai ni pun kali pertama juga Murni redah, sangat memenatkan jugalah naik turun bukit kut haha.

Rehat sekejap di bawah pokok, kami pun sambung pendakian menuju ke kantin. Sampai ke kawasan kantin ni korang boleh rehat, makan-makan & solat sekejap sebelum memulakan pendakian ke Puncak Bohey Luyang pula. Gais rasa rugi yakmat kalau tak teruskan pendakian sehingga bukit kedua, Puncak Bohey Luyang. Kiranya wajib korang naik tau kalau tidak confirmed akan terbawa-bawa sampai mimpi haha. Pemandangan dari atas puncak Bohey Luyang sumpah indah banget.

Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0
Tebing Batu Menuju Puncak Bohey Luyang

Kami memulakan pendakian menuju ke Puncak Bohey Luyang dalam jam 2 petang. Murni dah rasa penat sangat masa ni, tapi gagahkan diri sajalah. Kalau tak nanti jadi orang yang rugi kalau tak sampai ke bukit ke dua haha. Pergerakan memang slow yakmat berat kaki mau melangkah, nasib ada sweeper masa naik kena tunggu juga haha. Bila turun bukit memang laju sweeper pun kena tinggal, syukurlah masa balik ingat jalan keluar. Jarak bagi keseluruhan pendakian lebih kurang 11KM++ ikut pace Murni haha

Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0
Puncak Bohey Luyang

Dari atas puncak Bohey Luyang kalau diikutkan boleh nampak jeti di bawah, sekarang jeti tersebut dah hilang dari pandangan mata huhu. Korang boleh buat perbandingan view yang dulu & sekarang di entri sebelum ni [+] Hiking di Pulau Berhala 2.0 Harap-harap jeti di pesisir pantai Bohey Luyang ni dibina semula, kawasan ni berpotensi sangat untuk dijadikan sebagai salah satu tempat tumpuan pelancong pada masa akan datang.

Nah video pendek sepanjang hiking di Pulau Berhala Sandakan


Sampai sini saja perkongsian mengenai aktiviti hiking di Pulau Berhala 3.0. Aktiviti hiking seterusnya di Bukit Nenas-Bukit LMD-Air Terjun Makiu-Air Terjun Bukit Nenas Sandakan. Tunggu tau kemas kini entri terbaru. Terima kasi sudi baca entri ni 😘