Silky Girl Lash Prism Mascara - Review

Silky Girl Lash Prism Mascara - Review | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Murni nak berkongsi salah satu produk #BeautyHaul yang menjadi pujaan hati Murni sejak 2018 lagi sehinggalah ke hari ini. Produk yang Murni maksudkan ialah Silky Girl Lash Prism Mascara.


Silky Girl Lash Prism Mascara - Review

Murni dah guna mascara ni masa mula-mula posting kerja di Sandakan. Pada masa itu, Murni memang nak cari jenis mascara yang mudah untuk ditanggalkan & tak memberi kesan 'lebam' di bawah mata. Akhirnya dipertumakan juga dengan  dengan Silky Girl Lash Prism Mascara. Drugstore yang wajib dikunjungi setiap bulan sudah semestinya Watson. Mascara ni  bagi Murni harganya masih mampu dimiliki di bawah RM20 saja. Penggunaan boleh tahan sehingga 2 bulan bergantung kekerapan penggunaan memasing.


Deskripsi Silky Girl Lash Prism Mascara

  • Diperkaya dengan Polimer Gel Flex yang unik berfungsi untuk memberi efek bulu mata lebat.
  • Berus Fiber Silang 360૦ direka khas bebas gumpalan pada bulu mata & memudahkan penggunaan.
  • Melebatkan bulu mata sehingga 9x, melentik sehingga 30૦ & memanjangkan bulu mata sehingga 45% berdasarkan ujian makmal selepas beberapa penggunaan.
  • Diformulasikan dengan formula mudah ditanggalkan dengan air suam, kalis air & kalis comot.

Bulu mata Murni jenis yang melentik semula jadi tapi kan klu dalam gambar di atas tak nampak langsung haha. Tak apalah salah sendiri tak pandai nak ambil gambar. Gambar sebelum, korang boleh nampak sendiri kan hasil penggunaan mascara Silky Girl ni bulu mata bertambah panjang & melentik. Gambar selepas, hasilnya sangat wowww selepas 3 kali penggunaan (1st layer kena tunggu kering dulu, then apply 2nd & 3rd layer). Untuk kening pun Murni lebih suka menggunakan mascara Silky Girl ni untuk dapatkan hasil kening pacak gituh.


Setakat ni, Murni terpaling suka dengan Silky Girl Lash Prism Mascara ni. Murni pernah juga beli mascara dari jenama lain tapi Murni masih tak boleh move on dengan mascara yang satu ni. Mascara ni sangatlah memudahkan Murni bila masa solat, mudah untuk ditanggalkan Murni hanya menggunakan pencuci muka saja tanpa perlu menggunakan micellar cleansing water bagai. Love teruklah dengan produk ni. 


Sampai sini saja perkongsian dari Murni mengenai Silky Girl Lash Prism Mascara. Nanti Murni kongsikan lagi mengenai #BeautyHaul yang Murni suka pakai bila pergi kerja atau keluar pergi jalan-jalan.


*Penafian: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.