
Guna Akaun 2 KWSP Bayar PTPTN | Assalamaualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Entri kali ni Murni akan berkongsi mengenai langkah-langkah untuk memohon pengeluran pendidikan bayaran balik pinjaman pendidikan menggunakan akaun 2 KWSP. Sebenarnya Murni dah guna cara ini sejak tahun 2018 lagi untuk kurangkan baki pinjaman pendidikan yang diambil sebelum ini.
Guna Akaun 2 KWSP Bayar PTPTN
Platform yang digunakan untuk memohon pengeluaran pendidikan adalah melalui i-Akaun ahli dengan melayari laman web rasmi KWSP. Buat masa ini aplikasi i-Akaun hanya untuk buat semakan caruman, semakan penamaan, muat turun penyata, pindaan maklumat perhubungan, i-invest & membuat transaksi caruman sukarela.
Untuk makluman korang, buat masa kini terdapat 4 institusi pemberi pinjaman pendidikan yang terlibat dengan e-pengeluaran di KWSP antaranya ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), & Yayasan ANGKASA.
Langkah-langkah Buat Permohonan Pengeluaran Pendidikan; Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan melalui i-Akaun KWSP.
Sebelum itu, kena pastikan korang dah daftar i-Akaun KWSP, jika belum boleh pergi mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan untuk aktifkan i-Akaun.
Buka laman web rasmi KWSP : www.kwsp.gov.my , kemudian klik LOGIN (LOG MASUK), klik i-AKAUN (MEMBER). Masukkan User ID & Password. Langkah-langkah permohonan pengeluaran pendidikan secara online seperti dibawah.




Bagi korang yang pertama kali memohon, korang perlu hadir di kaunter untuk pengecaman cap ibu jari di kaunter & hanya perlu bawa MyKad sahaja. Berlainan pula bagi kes korang buat pengeluran untuk membantu pasangan/anak dokumen MyKad pemohon, MyKad pasangan & bukti pertalian (sijil kahwin/sijil lahir) perlu dibawa semasa hadir di kaunter (Bawa dokumen original & copy 1 set bagi setiap dokumen yang dinyatakan.
Korang akan terima mesej makluman dari KWSP sekiranya perlu hadir untuk pengecaman cap ibu jari, katalah korang tak terima sebarang mesej boleh semak melalui i-Akaun di bahagian inbox. Untuk permohonan kali kedua & seterusnya pengecaman cap ibu jari tidak diperlukan lagi.
Tiada ulasan
Catat Ulasan