Beli Dessini Food Chopper di Shopee Malaysia

Beli Dessini Food Chopper di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Murni nak berkongsi dengan korang mengenai pembelian Dessini food chopper melalui Shopee Mall Dessini Official Store. 

Beli Dessini Food Chopper di Shopee Malaysia

Sebab utama Murni beli chopper ni untuk memudahkan Murni sediakan bahan masakan terutamanya buat sambal. Actually Murni berazam awal tahun 2023 nak bawa bekal ke pejabat tapi sayang selalu saja tak sempat nak masak subuh-subuh. 


Murni buat pembelian food chopper awal bulan januari, tapi sekarang barulah Murni ada masa kemaskini blog berkaitan personal review. Murni beli masa ada promosi, jadi bolehlah jimat banyak.


Harga sebenar Dessini Food Chopper RM155, selepas diskaun 66% harga jatuh kepada RM52.90 saja. Murah yakmat kan?

Kredit gambar Shopee Mall Dessini Official Store

Deskripsi Produk

  • DESSINI 550W 2L Food Chopper
  • Model: DS-911G
  • Pemproses makanan pelbagai fungsi yang boleh digunakan sebagai pencincang, pengisar, atau pemotong
  • Motor teras kuprum berkuasa digunakan untuk  penggunaan tempoh masa yang lama
  • Sesuai untuk mengisar apa-apa jenis bahan lembut atau keras seperti rempah ratus, kacang & biji kopi
  • Boleh digunakan untuk memotong daging, buah-buahan, sayur-sayuran, salad dan sebagainya.
  • Pemotongan dilakukan dalam masa kurang daripada seminit, sangat mudah berbanding menggunakan papan pencincang
  • Bilah tajam keluli tahan karat 4 mata 304 dapat melancarkan proses pemotongan
  • Pad getah silikon memastikan mesin stabil, mengurangkan getaran & penggunaan selamat.
  • Mangkuk, bilah & penutup boleh ditanggalkan supaya mudah untuk dibersihkan.
  • Bekas kaca tahan lama & boleh digunakan untuk menyejukkan makanan yg telah dicincang
  • Bekas kaca lutsinar, penutup ABS gred makanan, bilah keluli tahan karat 4 mata
  • Bebas BPA
  • Kapasiti 2 Liter

Pengalaman Murni guna Food Chopper ni baru sekali saja. Baru-baru ni mak Murni sakit & food chopper ni banyak bantu memudahkan Murni untuk buat bubur. Harap-harap lepas ni rajinlah Murni masak ya 😂


Sampai sini saja perkongsian personal review mengenai pembelian Dessini Food Chopper di Shopee Malaysia. Terima kasih baca entri ni.



*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.