Majlis Makan Malam Tema Etnik

Majlis Makan Malam Tema Etnik | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Last Murni update blog berkaitan Majlis Makan Malam di blog tahun 2016 & dah nak habis tahun 2022 barulah terdetik hati nak simpan memori Majlis Makan Malam company di blog. 

Majlis Makan Malam Tema Etnik

Majlis ni sebenarnya dah berlangsung pada 24/10/2022 bertempat di Golden Velvet Ballroom Lahad Datu, Murni lambat update blog sebab tunggu gambar dari photographer kami. Actually, Murni teruja sangat dengan majlis makan malam kali ni, mana taknya semua staf sporting habis dari aspek pemilihan tema, persembahan, agihan tugas & komitmen yang ditunjukkan sebelum & semasa majlis berlangsung.


Dah nama pun tema etnik, kenalah pakai baju yang sesuai. Pilihan pertama Murni sebenarnya nak pakai baju dari etnik India, fefeeling nak bergaya macam Kareena Kapoor kunun. Murni siap beli baju readymade Lahenga (fully stiched) di Shopee. Tapi kan Murni ubah fikiran pula nak pakai baju Bodo (Baju Tradisi kaum Bugis)


Majlis Makan Malam Tema Etnik

Baju Bodo termasuk aksesori yang Murni pakai di atas Murni sewa dengan Musfidah Sri Andam. Sewa pun murah sangat, Murni hanya bayar RM150 saja. Murni & kawan yang lain siap tempah hotel untuk bersiap. Majlis makan malam kali ni Murni tak gunakan khidmat MUA. Mengingatkan dompet semakin menipis masa tu mana kena berjimat sebab nak naik gunung terpaksalah Murni mekap sendiri.


Majlis Makan Malam Tema Etnik
Makeup look Tema Etnik

Jam 2 petang check in hotel, Murni mula mekap dalam jam 2 lebih. Masa mekap tu, Murni berdepan dengan masalah nak pakai lens & bulu mata palesu. Almaklumlah praktis mekap tebal-tebal ni sekali dua saja. Nak pakai lens tu nak setengah jam jugalah berjujuran air mata haha, bulu mata pula tak nak lekat aishhh geram pula rasanya. Murni siap dalam jam 6 pm macam tu. Kami gerak ke Golden Velvet Ballroom selepas waktu maghrib.

Majlis Makan Malam Tema Etnik

Murni jadi salah seorang AJK hadiah. Kali pertama Murni diberi tugas untuk jalankan tanggungjawab untuk sediakan door gift & hadiah cabutan bertuah. Sumpah kerja ni mencabar tapi Murni ambil tanggungjawab yang diamanhkan sebagai cabaran dan belajar sesuatu perkara baru. Alhamdulillah kami berjaya lakukan dengan jayanya.

Majlis Makan Malam Tema Etnik
Sketsa 

Tidak lengkap rasanya sesuatu majlis makan malam tanpa hiburan atau persembahan, kan? Kami dipecahkan kepada tiga kumpulan & setiap kumpulan perlu membuat persembahan yang terselit dengan elemen-elemen etnik yang terdapat di Malaysia. Kumpulan kami memilih untuk buat persembahan sketsa & tarian etnik (Tarian Rambai & Tarian Manuk Manuk Lambukun).


Majlis Makan Malam Tema Etnik
Tarian Rambai

Seminggu jugalah kumpulan kami berlatih dengan gigihnya untuk belajar step tarian & berlakon. Malam tu meriah sangat dengan persembahan dari semua kumpulan. Syukurlah persembahan kami dapat tempat kedua & hadiah berupa hamper beserta piala. Untuk cabutan bertuah, Alhamdulillah Murni dapat luggage, boleh guna kalau pergi kursus di Semenanjung.


Majlis Makan Malam Tema Etnik
Busana Majlis Makan Malam Tema Etnik

Sebelum majlis berakhir, sempat juga mensumbangkan lagu haha. Murni minta maaf sebab tak cerita lebih details untuk Majlis Makan Malam Tema Etnik, kalau Murni kongsi lebih-lebih nanti tak cukup muka surat hihi. Sampai sini saja perkongsiannya, terima kasih korang yang sudi baca entri ni 😘