Buat Tampalan Komposit Gigi Depan


Buat Tampalan Komposit Gigi Depan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang & Selamat menyambut tahun baru 2023. Hari ni barulah Murni ada masa nak 'menulis' di blog, almaklumlah cuti 4 hari sempena Tahun Baru Cina. Masuk tahun baru ni, mesti korang ada wishlist yang nak dicapai kan? Hari ni Murni nak berkongsi salah satu wishlist yang selama ni Murni nak sangat buat tapi terhalang sebab takut yakmat jumpa doktor gigi haha. Tapi awal tahun ni tetiba pulak datang keyakinan tu nak pergi buat tampalan komposit gigi depan.


Buat Tampalan Komposit Gigi Depan

Actually Murni ni ada masalah gigi depan yang jarang sejak kecil lagi & Murni ada plan juga nak pakai braces tapi tak jadi buat sebab takut nak pakai braces untuk tempoh masa yang lama. Murni ada ternampak iklan di facebook page Klinik Pergigian Berjaya yang mana pihak mereka ada sediakan rawatan untuk tampalan komposit gigi depan. Murni pun ambil keputusan untuk tampal saja instead of pakai braces.


Murni manfaatkan kemudahan rawatan pergigian yang disediakan oleh company di mana-mana klinik panel yang berdaftar. Klinik pegigian yang jadi pilihan Murni sudah semestinya di Klinik Pergigian Berjaya yang terletak di Lahad Datu. Tahun lepas Murni pernah cabut gigi & scaling gigi di klinik yang sama. Servis semua tip top. 


Kali ni Murni datang lagi untuk buat tampalan komposit gigi depan, cabut gigi geraham bawah bahagian sebelah kanan, & tampal gigi geraham bawah sebelah kiri yang pecah. Seram apalah haha Appointment Murni pada 12/01/2023 waktu pagi jam 9:30 pagi & Murni ambil cuti rehat setengah hari masa ni. Masuk kerja semula pada sebelah petang. Hampir sejam jugalah doktor siapkan gigi Murni. 

Buat Tampalan Komposit Gigi Depan

Gigih apalah Murni cari gambar lama yang nampak gigi kalau senyum, Murni jumpa gambar masa hiking saja tu pun tak berapa jelas susunan gigi. Famili & kawan saja yang tahu gigi Murni ni jarang, kalau bercakap dengan orang pun memang tak perasan langsung. Alhamdulillah sekarang ni dah berani nak senyum nampak gigi & lebih berkeyakinan nak bercakap dengan orang ramai. Aummm terima kasih doktor (lupa nama huhu) yang merawat kerana mengembalikan senyuman manesss sia.


Jumlah keseluruhan kos rawatan gigi Murni berjumlah RM1.2K. Murni bersyukur sangat kos rawatan ni sepenuhnya ditanggung oleh company. Tahun depan Murni nak buat tampalan gigi bahagian bawah pula. Selepas buat tampalan gigi ni, Murni terlebih rajin untuk berus gigi terutamanya selepas makan & minum kopi. Takut warna tampalan gigi berubah warna kuning haha.


Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai buat tampalan komposit gigi depan. Alhamdulillah, salah satu wishlist Murni tahun ni sudah tercapai, semoga ada lagi kejayaan lain yang bakal menyusul. Aamiin Ya Allah Ya Mujib. Terima kasih korang sudi baca entri ni 😘