Bercuti di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, Sabah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Murni dah janji sebelum ni dalam entri Misi Tawan Gunung Kinabalu Part 3 untuk berkongsi mengenai percutian Murni bersama-sama sahabat di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud (KB).
Bercuti di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, Sabah
Kami dah plan awal untuk bercuti di kampung halaman Dayang selepas misi kami untuk tawan Gunung Kinabalu selesai pada 11/11/2022. Kami keluar dari Kinabalu Park dalam jam 5 petang & keadaan jalan raya menuju ke KB pada masa itu agak sedikit berkabus almaklumlah kawasan pergunungan kan, kena sentiasa berhati-hati bila memandu.
Kami sampai ke kampung Dayang pun dah malam, maaf Murni lupa dah sampainya tu jam berapa haha. Siap masukkan barang-barang dalam bilik, kami dihidangkan dengan masakkan kampung masak ikan ampap KB. Nikmat sedap pula masakan mama Dayang. Resipi yang Dayang bagi tak sempat lagi Murni nak cuba, In Sha Allah ada masa nanti Murni cuba masak. Usai makan, mandi, asingkan baju untuk dihantar ke dobi keesokan harinya tidurlah kami dengan nyenyaknya.
Jeti Kampung Rampayan Laut Kota Belud |
12/11/2022. Bangun pagi ampun sangat, semuanyalah sakit peha, betis & kaki haha. Sumpah lain sangat sakitnya lepas turun dari gunung. Silap Murni juga malam tu tak sapu ubat. Awal-awal pagi Dayang ajak kami untuk ke Jeti membeli ikan untuk buat ikan ampap sekali beli kuih-muih.
Kami sarapan di luar rumah. Nikmatnya lahai dapat merasa suasana kampung. Hiburan kami pagi tu sarapan sambil berkaraoke, nasib mama sporting habis melayan karenah kami. Lepas waktu Zohor barulah kami pergi mendobi di Pekan Kota Belud.
Gerai Makan Ais Krim Gula Apong & Superb Cendol Kota Belud |
Usai mendobi kami singgah sebentar ke Gerai Makan Ais Krim Gula Apong & Superb Cendol. Kalau korang datang ke Kota Belud wajib tau singgah ke gerai makan ni, tempat ni memang terkenal dah.
Ais Krim Gula Apong |
Kami semua pesan Ais Krim Gula Apong. Ni kiranya pertama kali Murni rasa ais krim gula apong & rasanya ngam sangat dengan tekak Murni sedap & tak manis sangat. Harga Murni lupa sebab sahabat Murni belanja. Terima kasih kak Zila belanja kami, semoga murah rezeki selalu😘
Cabana Retreat Tag |
Tangga Menuju ke Hatimu |
Kak Zila, Dayang, Kak Sumie, Kak Yati & Munni |
Terbuai rindu huhu |
Pantai Cabana Retreat |
Menu makan malam |
Teratak Dayang |
13/11/2022. Bangun awal pagi sebab nak gerak awal ke Sandakan. Usai sarapan, angkut semua barang ke kereta. Syahdu apalah bila semua salam mama, In Sha Allah ada rezeki kami bertandang semula ke rumah mama. Moga sihat-sihat selalu mama. Kami kena gerak awal sebab nak singgah sebentar di Pasar Tamu Kota Belud.
Kampung Sangkir Kota Belud |
Alhamdulillah sempat juga kami jejakkan kaki ke Kampung Sangkir Kota Belud. Tempat ni pun wajib korang singgah kalau ke KB. Sumpah cantik sangat ambil gambar berlatar belakang Gunung Kinabalu. Gigih kami berpanas untuk ambil gambar.
Kampung Sangkir Kota Belud |
Kami sampai di Sandakan kalau Murni tak silap waktu Maghrib. Murni bergerak ke Lahad Datu keesokan harinya, 14/11/2022. Kena balik awal sebab cuti dah habis, masuk kerja 15hb. Alhamdulillah untuk semua kenangan yang tercipta bersama-sama sahabat. In Sha Allah ada rezeki kita buat trip lagi. Sampai sini aja perkongsian Murni. Terima kasih korang yang sudi baca entri ni 😘
Tiada ulasan
Catat Ulasan