Misi Tawan Gunung Kinabalu Part 3

Misi Tawan Gunung Kinabalu Part 3 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Hari ni Murni sambung lagi cerita pengalaman misi tawan gunung Kinabalu. Pendakian bermula ke Panalaban base camp pada 10/11/2022 & summit pada 11/11/2022. Cantik sangat tarikh summitnya.

Misi Tawan Gunung Kinabalu Part 3

10/11/2022

Usai sarapan, kami bertolak dari Villa Rina Ria Lodge dalam jam 08:16 pagi. Kami perlu berkumpul di Kinabalu Park sebelum 08:30. Memandangkan kami perlu menunggu satu lagi kumpulan hikers, jadi kami manfaatkan masa dengan bergambar dahulu. 


Tag Nama Pendaki

Kami menggunakan ejen Mahaloo Adventure (FB page: mahaloo_adventure) untuk uruskan pendaftaran & penginapan trip mendaki Gunung Kinabalu. 

Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 3]
Kinabalu Park

Usai terima tag masing-masing, kami pun timbanglah beg yang akan dibawa oleh porter. Kami berlima berkongsi 1 beg utk simpan barang keperluan untuk summit. Murni lupa berapa berat beg yang pastinya kami bayar porter RM145. Beg yang Murni bawa sendiri naik ke Panalaban almost 6kg. Selesai urusan beg, kami  bergerak dari Kinabalu Park ke Timpohon Gate dengan menaiki bas. 

Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 3]
Gerbang Menuju ke Timpohon Gate

Tips sebelum mendaki, kawan Murni suggest untuk minum air garam bagi mengelakkan muscle cramp. Alhamdulillah sepanjang pendakian Murni tidak menghadapi sebarang masalah muscle cramp.

Starting point pendakian bermula di Timpohon Gate. Guide akan beri briefing terlebih dahulu sebelum memulakan pendakian. Kami memulakan pendakian jam 09:20 pagi & sebelum bergerak perlu tunjukkan kad kepada petugas kaunter untuk tujuan rekod masuk ke Panalaban. Memandangkan ni merupakan pendakian Gunung Kinabalu yang pertama, Murni sangatlah teruja untuk menikmati keindahan alam. 

Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 3]
Periuk Kera

Yang bestnya, sepanjang trail menuju ke Panalaban base camp ada disediakan 7 pondok perhentian untuk beristirahat yang dilengkapi kemudahan tandas. Murni hanya bergambar di 6 pondok perhentian saja (Pondok Kandis, Pondok Ubah, Pondok Lowii, Pondok Mempening, Pondok Layang Layang & Pondok Villosa). Pondok terakhir adalah Pondok Paka, hikers lain nasihatkan supaya tidak berhenti di Pondok Paka sebab kawasan ni agak keras sikit.

Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 3]
Pondok Perhentian Trail Gunung Kinabalu

Sebelum ni Murni hanya dengar cerita dari kawan saja mengenai Acute Mountain Sickness/Altitude Mountain Sickness (AMS) atau dikenali sebagai sindrom akut/mabuk gunung. AMS ni biasanya menyerang pendaki pada ketinggian 3000 meter & antara simptom utamanya adalah sakit kepala, keletihan, sesak nafas, muntah, & hilang selera makan. 


Trail Menuju Pondok Villosa

Murni merasai sendiri pengalaman diserang AMS ni, Murni rasa sakit kepala & nak muntah semasa berada menghampiri Pondok Villosa. Sampai di pondok Villosa buat drama air mata lagi sebab dah tak tahan sakit kepala sanggup baring di atas simen sebab rasa macam oksigen tak sampai di otak. 

Rehat sebentar di Pondok Villosa bila dah rasa okay sikit sambung pendakian & part yang tak bestnya Murni tertinggal spek mata di pondok Villosa huhu sedih apalah nasib masa ni. Lagi syahdu spek tak jumpa masa turun gunung 😭😭😭


Pokok Viral Gunung Kinabalu

Selepas melalui trail Pondok Paka barulah Murni muntah teruk ditambah dengan sakit kepala lagi. Bila diserang AMS, pergerakan Murni jadi lambat yakmat. Murni target kalau boleh nak sampai ke Panalaban dalam jam 3 lebih atau 4 petang. Tapi sayang Murni bermanja betul melayan AMS tu, sampai ke Panalaban 05:40 petang. 

Sampai saja terus menuju ke restoran yang terletak di dalam Laban Rata Rest House. Sepanjang pendakian Murni rasa lapar yakmat, tapi bila dah sampai ke restoran dah hilang selera makan. Lepas makan ubat sakit kepala barulah Murni jamah sedikit makanan yang ada depan mata.


Usai makan, barulah kami menuju ke Panalaban Hostel. Bilik kami menempatkan 10 orang pendaki semuanya. Sampai di katil masing-masing, pegang saja selimut ampun lembap sejuk-sejuk lagi. Tapi kan masa ni Murni dah tak fikir panjang biarlah sejuk Murni terus rebahkan badan & tidur. Penat dia lain macam sikit. 

Murni terbangun kalau tak silap dalam jam 12:30 am. Masa ni barulah terkial-kial nak pergi ke tandas & bersiap untuk summit. 

11/11/2022 

Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 3]
Restoran Laban Rata 

Sebelum pendakian ke summit, restoran Laban Rata  ada sediakan makanan lewat malam bolehlah buat alas perut. Pendakian bermula jam 2:30am, macam biasa guide akan briefing dulu beberapa perkara penting semasa pendakian. Murni bersyukur sangat cuaca sangat cantik langit dihiasi dengan cahaya bulan yang terang dan bintang-bintang begemerlapan. Masa ni Murni tak berapa guna sangat headlamp, hanya berpandukan cahaya bulan saja. Murni tak boleh sangat tengok cahaya lampu jadi silau mata ni, almaklumlah spek mata dah hilang huhu. 


Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 3]
South Peak, pemandangan yang terdapat dalam wang kertas RM100

Murni sampai di Sayat Sayat Checkpoint dalam 4:30am & semua pendaki perlu menunjukkan kad kepada petugas kaunter untuk tujuan rekod masuk menuju ke puncak Gunung Kinabalu. Para pendaki perlu sampai ke Sayat Sayat Checkpoint sebelum jam 5:00am, kalau tak korang tak dibenarkan untuk meneruskan pendakian hingga ke puncak. 

Masa ni Murni dah rasa pening kepala, tapi tetap semangat nak teruskan pendakian sehingga ke puncak. Pergerakan Murni masa ni sangatlah lambat sebab tengah berperang dengan cuaca yang sejuk yakmat, rasa sangat angin sejuk yang menampar pipi bibir pun kering sangat. Tapi kan sesekali tu ada setan juga yang berbisik "baliklah" haha Cepat-cepat sedar semula ingat balik niat sebenar untuk tawan Gunung Kinabalu.

Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 3]
Matahari terbit

Memandangkan Murni agak lambat untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu, maka gambar yang diambil pun tak banyak. Walaupun guide Murni dah pelawa untuk ambil gambar di beberapa tempat yang menarik sepanjang pendakian, Murni terpaksa tolak pelawaan tersebut sebab dah terlalu penat. Murni sempat jugalah ambil beberapa keping gambar pemandangan tu pun pun jari dah terketar-ketar kesejukan huhu

Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 3]
Summit Mount Kinabalu

Murni berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu jam 07:15am. Akhirnya impian Murni beberapa tahun lepas tercapai. Dalam perjalanan turun ke Sayat Sayat Checkpoint sekali lagi pendaki perlu menunjukkan tag nama untuk tujuan rekod keluar. 

Selepas dari Sayat Sayat Checkpoint Murni kena serang AMS lagi, teruk juga muntahnya. Macam biasa pergerakan jadi sangat lambat, tangan Murni sebelah akan berpaut pada tali/kayu & tangan sebelah lagi menggunakan tongkat. Sahabat yang lain dah sampai awal & mereka checkout dulu bagi mengelakkan denda RM100 (1 jam). Kalau tak silap, Murni sampai ke restoran Laban Rata dalam 10 lebih. 

Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 3]
Restoran Laban Rata

Murni sampai saja, sahabat dah bantu hidang makanan untuk Murni huhu sis terharu. Masa ni sumpah Murni tiada selera langsung nak makan, tapi perut lapar sangat. Rehat dalam 10 minit macam tu, kami teruskan perjalanan pulang menuju ke Timpohon Gate. 


Mercu Tanda Panalaban

Sebelum turun, tak sah kalau Murni tak ambil gambar pewai sekeping haha. Entah bila lagi akan jejakkan kaki ke sini.

Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 3]
Tangga Menuju ke Timpohon Gate

Kami juga dimaklumkan oleh guide, kami perlu sampai di Timpohon Gate dalam masa yang ditetapkan & kalau Murni tak silap jam4:00 atau 4:30 petang. Sekiranya lewat penalti (pendaki perlu bayar denda kepada guide) akan dikenakan kepada pendaki terakhir yang berada dalam satu-satu kumpulan. Kami sampai di Timpohon Gate dalam  04:06pm. Masa ni sekali lagi pendaki perlu tunjukkan tag nama kepada petugas kaunter untuk tujuan rekod keluar.

Nah Murni belanja video pendek yang Murni sempat rakam sepanjang pendakian


Berehat sebentar di Kinabalu Park. Usai terima sijil pendakian masing-masing, kami pun teruskan perjalanan ke Kota Belud. Sampai sini saja perkongsian Misi Tawan Puncak Gunung Kinabalu [Part 3]. Tiada lagi part yang keempat, nanti Murni akan kongsi pula percutian singkat kami di Kota Belud. Terima kasih korang yang sudi baca entri ni 😘