Misi Tawan Gunung Kinabalu Part 2
09/11/2022. Seawal subuh Murni dah terjaga dari lena, solat mandi bersiap bagai. Sebelum kami memulakan perjalanan kami perlu buat Saliva Test Covid, kemudian perlu send gambar Saliva Test bersama-sama dengan MyKad kepada ejen yang uruskan pendakian kami. Kami menggunakan khidmat ejen dari Mahaloo Adventure (Facebook page: mahaloo_adventure) Total kos pendakian RM680/orang. Deposit kami bayar dalam RM580 & baki kami bayar sehari sebelum pendakian.
Berkampung di tempat Kak Sumie |
D'Villa Rina Ria Lodge |
Kami sampai di tempat penginapan kami kalau Murni tak silap dalam jam 2 petang. Kami menginap di D'Villa Rina Ria Lodge berhampiran dengan Kinabalu Park. Kami hanya menginap untuk sehari saja. Kos penginapan dalam RM210, memandangkan kami berlima setiap seorang hanya perlu bayar RM42 saja. Kalau ikutkan kami dapat 2 buah bilik, tapi kami nak kumpul sekali dalam 1 bilik. Jadi dapatlah bilik yang mana ada katil Queen & katil Single. Servis semua okay siap boleh request tambah tilam & bantal, kettle & cawan, & baldi.
Usai simpan barang & solat jamak kami pun keluar menuju ke Pekan Kundasang mencari makanan almaklumlah kami dah lapar nasi masa ni. Kami singgah di restoran (lupa nama) & melantaklah si Murni nasi putih, sayap ayam & pedal ayam panggang & sup ayam haha
Gunung Kinabalu |
Usai makan dalam jam 5 lebih, kami berhenti sekejap di kawasan tumpuan orang ambil gambar di sekitar mercu papan tanda Kinabalu Geopark yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Cantik sangat 'lukisan alam' nampak dari jauh. Dalam hati berkata-kata "Aku mesti sampai puncak Gunung Kinabalu & semoga cuaca baik-baik saja".
Papan Tanda Kinabalu Geopark |
Sebelum kami bergerak ke Bataras Superstore, gambar berlima wajib diambil untuk tatapan memori daun pisang akan datang. Kami singgah ke Bataras sebentar untuk membeli air mineral yang akan dibawa nanti untuk pendakian keesokan harinya. Tak lupa beli coklat Daim satu paket 280g hihi.
Balik ke tempat penginapan, kami mula dengan mengisi borang Indemnity kemudian susun atur semula barang-barang yang perlu dimasukkan dalam beg yang akan dibawa semasa pendakian & asingkan barang-barang untuk dibawa oleh porter. Selesai susun atur semua, kami buat apa yang wajib dulu kemudian beristirahat tidur seawal yang mungkin untuk dapatkan rehat yang cukup. Sumpah masa ni sejuk yakmat huhu.
Sampai sini dulu perkongsian Murni nanti Murni sambung Part 3 ya. Terima kasih sudi baca entri ni 😘
Tiada ulasan
Catat Ulasan