Beli Sandal dan Kasut Hiking di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Murni nak sambung lagi buat perkongsian mengenai [+] Beli Barang Hiking di Shopee Malaysia. Murni beli sandal & kasut hiking sebagai persiapan mendaki Gunung Kinabalu. Actually Murni dah berjaya tawan Gunung Kinabalu pada 11/11/2022 & entri ini dikemaskini agak lewat sebab kekangan masa.
Beli Sandal & Kasut Hiking di Shopee Malaysia
![]() |
| Power Women Grey Sandals |
![]() |
| Power Women Black Outdoor Shoes |
Sandal & kasut hiking ni merupakan best seller di Shopee Mall Official Bata Store. Bila Murni buka aplikasi Shopee nak tengok harga bagi sandal & kasut dah sold out & tak boleh view harga. Murni hanya boleh view total pembelian bagi kedua-dua item berjumlah RM 167.19 dan Murni jimat dalam RM41.80. Murni dapat shop voucher RM25.08 & kos penghantaran ke Sabah RM33.00.
Sandal & kasut Murni hantar ke tempat orang yang pandai jahit kasut supaya lebih tahan & tapak kasut tak tercabut. Alhamdulillah masa pendakian naik & turun dari gunung sandal & kasut Murni masih dalam keadaan yang baik & kasut sangat grip pada permukaan batu-batu besar. Kasut & Sandal ni bagi Murni tak berat, ringan bila dipakai. Korang boleh cuba jenama Power ni untuk aktiviti hiking.
Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai beli sandal & kasut hiking di Shopee Malaysia. Nanti Murni akan kemaskini blog berkaitan misi menawan puncak Gunung Kinabalu dalam entri yang akan datang. Terima kasih sudi baca entri ni.
*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tiada ulasan
Catat Ulasan