Beli Barang Hiking di Shopee Malaysia

Beli Barang Hiking di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Dah lama Murni tak berkongsi personal review beli barang hiking di Shopee Malaysia, kali terakhir Murni kemaskini entri mengenai beli barang hiking bulan Februari tahun lepas [+] Beli Case Valker Hiking Backpack 50L di Shopee Malaysia . Kali ni Murni semangat sikit nak kemaskini entri terbaru  mengenai beli barang hiking di Shopee Malaysia sebab ianya ada kaitan dengan misi menawan Gunung Kinabalu 2022.

Beli Barang Hiking di Shopee Malaysia

Kalau diikutkan jadual asal, Murni bersama-sama dengan sahabat dah plan untuk menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu pada bulan 10 ini tapi terpaksa ditunda disebabkan slot pada bulan 10 penuh. In Sha Allah kalau tiada halangan misi menawan puncak Gunung Kinabalu kami akan teruskan pada awal bulan 11 ini. Mohon doakan supaya urusan kami dipermudahkan ya.

Beli Barang Hiking di Shopee Malaysia

Murni dah mula beli barang hiking di Shopee Malaysia sejak bulan lepas lagi secara berperingkat-peringkat sesuai dengan keperluan dan bajet Murni. Di bawah ni Murni senaraikan barang hiking untuk persiapan misi menawan puncak Gunung Kinabalu;

1) Skirt Extender

Murni beli skirt extender sebab nak cover punggung, almaklumlah kadang tak perasan pun kalau baju ternaik sikit. Actually skirt extender ni pun boleh jadi penyelamat kalau berlaku kejadian seperti seluar terkoyak semasa hiking & insiden ni pernah terjadi dengan kawan Murni sendiri.

Murni beli 2 skirt extender berwarna hitam yang diperbuat dari kain jersey. Pilihan Murni A Cut jenis kembang di bahagian bawah & satu lagi jenis flowy asymetrical berbucu di bahagian bawah. Harga skirt extender ni kalau diikutkan RM12.00 sehelai tapi masa Murni beli ada promosi Murni dapat harga sehelai RM8.88 sahaja. Shop Link: shopee.com.my/butikbaranganmuslimah

Skirt extender jenis flowy Murni dah gunakan semasa hiking di Tumunong Hallu Peak sebelum ni & Murni suka sangatlah dengan skirt sextender ni ringan bila dipakai & nampak beserilah si pemakainya cantik jer bila bergambar hihi.

2) Gloves, Stoking, & Adjustable Knee Pad

Memandangkan suhu di Gunung Kinabalu sejuk yakmat wajiblah untuk Murni beli gloves dan stoking yang kalis sejuk haha. Untuk kedua-dua item ni Murni beli dua pasang. Warna yang dipilih sudah semestinya warna pink. Harga mur-mur saja untuk gloves sepasang RM8.58 selepas diskaun 80% dan stoking sepasang RM2.99 selepas diskaun 65%. 

Adjustable Knee Pad Murni beli sebab utama lutut Murni tetiba pula sakit bulan lepas & syukur Alhamdulillah sekarang ni dah semakin baik. Harga satu Adjustable Knee Pad ni RM5.59 selepas diskaun 70% Murni siap beli dua. Nanti bolehlah bawa benda alah ni naik gunung, bila diperlukan bolehlah digunakan bila datang sakit lutut.

Shop Link: shopee.com.my/xinzhan.my

3) Half-High Collar Thermal Shirt

Murni ni sejenis yang tak tahan sejuk jadi wajiblah membeli inner baju kalis sejuk ni haha. Fabrik kain adalah polyester & berkolar. Inner baju ni akan dipakai bersama-sama dengan t-shirt hiking & jacket semasa hiking nanti. Kualiti baju ni Murni puas hati sangat, kain dia tak nipis dan tak terlalu tebal just nice bila dipakai. Murni beli 2 pasang dengan harga RM62.28.

Shop Link: shopee.com.my/dong2021.my

4) Mount Kinabalu Microfibre T-Shirt & Head Buff by OHANA

Murni teringin jugalah nak beli baju khas untuk dipakai bila naik Aki. Nak buat baju nak kena design lagi nak tempah lagi, mesti ambil masa yang lama. Murni ambil keputusan untuk beli saja t-shirt hiking yang dah siap di Shopee Malaysia. Murni beli t-shirt hiking versi Mount Kinabalu & head buff by OHANA. Head buff ni boleh guna bila time dipuncak untuk cover muka dari terkena 'tamparan' angin yang sejuk haha. 

Harga T-Shirt Mount Kinabalu lengan panjang RM60 sepasang & harga head buff RM15 sehelai. Sebelum ni Murni dah pernah buat pembelian baju hiking di kedai yang sama & bagi Murni kualiti kain memang sedap bila dipakai & design pun lawa. 

Shop Link: shopee.com.my/ohanaadvgear

4) Body Warmer Peel & Supporter Knee

Kawan Murni suggest beli body warmer peel ni bila mendaki Gunung Kinabalu untuk kurangkan rasa kebas-kebas di jari. Body warmer peel ni banyak di jual di Daiso Japan. Tempat Murni tak ada Daiso sebab tu beli di Shopee Mall Daiso Japan. Murni beli dalam 6 pek sebab nak bagi sahabat yang lain. Setiap satu berharga RM5.90. Murni beli lagi dua helai supporter knee saiz M dengan harga RM5.90 sehelai.

Shop Link: shopee.com.my/daiso.os

Untuk pembelian kasut & sandal hiking Murni akan buat entri lain ya. Secara keseluruhannya, Murni suka jer beli barang di Shopee. Buat masa ini cuma satu saja yang Murni tak berapa berkenan di hati dengan penghantaran yang menggunakan Shopee Xpress ke Sabah barang lambat sangat sampai huhu. Harap pihak Shopee dapat selesaikan masalah ni, janganlah buat kami menunggu lama. Rasa nak menangis, tapi kena sabar huhu

Sampai sini saja Murni kongsikan personal review beli barang hiking Shopee Malaysia. Kalau korang ada tips untuk naik Gunung Kinabalu boleh komen di bawah untuk rujukan Murni. Terima kasih korang yang sudi baca entri ni 😘

*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.