Kembali Bertugas Di Daerah Lahad Datu | Asslamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Seperti yang Murni janjikan dalam entri yang sebelum ni, hari ni Murni akan berkongsi berita gembira yang Murni terima masa dalam perjalanan pulang dari camping di Air Terjun Kg Maktab.
Kembali Bertugas di Daerah Lahad Datu
Bermula dari panggilan telefon dari kakak Murni yang tidak berangkat masa dalam hutan, kemudian dalam perjalanan keluar menuju ke kawasan perkampungan Kg Botol Murni call semula kakak. Melalui panggilan telefon Murni dapat tahu yang Murni dapat berpindah bertugas di kampung halaman sendiri iaitu di Daerah Lahad Datu. Actually email pertukaran anggota sudahpun dihantar ke email pada sebelah petang hari Jumaat, tapi masa tu Murni dah tak buka email haha. Murni perlu lapor diri di tempat baru pada 03/02/2022.
6 tahun lepas Murni mulakan perjalanan karier di bahagian perkhidmatan di sebuah organisasi X (bukan nama sebenar) sebagai pelatih untuk tempoh setahun kemudian Murni submit resume ke HQ & selepas beberapa bulan Murni di panggil untuk interview di HQ yang terletak di Kuala Lumpur. Alhamdulillah keputusan interview memihak kepada Murni dan Murni ditempatkan di Sandakan. Bermulalah Murni merantau ke luar daerah bermula dari bulan 11 tahun 2017 sehinggalah penghujung bulan 2 tahun 2022.
Alasan utama Murni minta untuk berpindah ke cawangan Lahad Datu atas sebab ingin menjaga mak. Terlalu banyak kenangan pahit & manis semasa bertugas di Sandakan. Yang pahit tu semua Murni tolak tepi, gembirakan hati sendiri dahulu tumpukan niat utama bekerja kerana Allah & nak bantu keluarga. Allah uji sebab Dia sayangkan kita, knowing all the truth sangat sakit tapi Murni maafkan orang tersebut sebab nak berdamai dengan hati sendiri. Syukur Alhamdulillah Allah dengar doa-doa Murni selama ni nak lebih dekat dengan mak & nakkan persekitaran kerja yang lebih positif.
Dalam rasa gembira dapat berpindah ke tempat sendiri, Murni rasa sedih yakmat dan berat rasa hati tinggalkan sahabat-sahabat Murni yang selalu ada sepanjang berada di Sandakan. Murni bersyukur sangat sebab dikelilingi dengan orang yang baik-baik membantu dalam banyak hal. Terima kasih atas semua kebaikan kamu semua 😢
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sebaik-baik pertemuan adalah kerana Allah & sebaik-baik perpisahan juga kerana Allah. Terima kasih sahabat untuk semua memori yang manis-manis.
Terima kasih semuanya untuk tanda ingatan ni. Kepada sahabat Murni kalau terbaca coretan ni, Murni minta maaf kalau ada salah silap, terlebih gurauannya, terlebih gelak tawanya, terguris hati, apa-apalah, semoga Allah lindungi kita semua & pelihara persahabatan kita. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.
Murni bertolak ke Lahad Datu pada 01/02/2022. Kalau ikutkan plan asal Murni akan balik ke Lahad Datu pada 31/01/2022 bersama-sama dengan akak Murni yang kebetulan pada masa itu bercuti di Sandakan. Memandangkan akak Murni sambung lagi cuti sehari, Murni tiada masalah siap minta kebenaran dari owner rumah untuk tinggal sehari lagi. Alhamdulillah semua urusan Murni dipermudahkan oleh Allah.
Baiklah sampai sini saja perkongsian Murni mengenai berita gembira yang Murni terima beberapa bulan lepas, kembali bertugas di Daerah Lahad Datu. Terima kasih sudi baca entri ni 😘
Tiada ulasan
Catat Ulasan