Hiking di Gunung Silam Lahad Datu

Hiking di Gunung Silam Lahad Datu | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Sebelum Murni mulakan perkongsian aktiviti hiking di Lahad Datu, Murni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin keipada semua pembaca blog Murni Mohd Yusof. Entri hiking kali ni pun pending dari bulan 2 lagi & hari ini Murni luangkan masa untuk berblogging.

Hiking di Gunung Silam Lahad Datu

Serba sedikit maklumat berkaitan Gunung Silam; Gunung Silam terletak di Daerah Lahad Datu, Sabah & mempunyai ketinggian 884 meter. Terdapat pelbagai tumbuhan & haiwan yang unik seperti ketam berwarna oren (Geosesarma aurantium) dll yang boleh didapati di hutan hujan tropika ini. Pelik kan ketam boleh dijumpai di atas gunung? 

Uniknya Gunung Silam ini mempunyai hutan lumut yang boleh dijumpai pada ketinggian 770 meter, sedangkan pada kebiasaanya hutan lumut didapati berada pada ketinggian 2,000M sehingga 2,700M dari paras laut. Hal ini berlaku disebabkan oleh fenomena semulajadi yang dipanggil sebagai Massenerhebung-Journal of Ecology (1988).

Hiking di Gunung Silam Lahad Datu

Memandangkan Murni dah lama tak pergi hiking sejak balik menetap di Lahad Datu, Murni pun menerima pelawaan jiran untuk mendaki Gunung Silam pada 20/02/2022 bersamaan dengan hari ahad. Masa ni tiada persediaan training pun & Murni ingatkan jarak pendakian hanyalah dalam 2KM lebih sahaja. 

Sangkaan Murni meleset bila dimaklumkan jarak pendakian yang kami akan lalui dalam 10KM & starting point kami bermula di pintu gerbang Menara Kayangan dengan melalui trail hutan bukannya laluan aspal. Dalam hati berbisik mampukah tamatkan pendakian huhu

Hiking di Gunung Silam Lahad Datu

Rasa terseksa sangat sepanjang pendakaian kali ni, mana taknya hiking kali ni tetiba kedua-dua peha Murni cramp. Sakitnya tu sampai keluar air mata, nasib baik ada rakan hikers yang pandai mengurut kurang sikit rasa sakit yang ditanggung. 

Hiking di Gunung Silam Lahad Datu

Trail gunung Silam bagi Murni agak mencabar ditambah pula bila tiada training langsung. Patah seribu Murni masa ni, pewai teruk dengan peha cramp lagi. Pewai pun sempat juga menikmati keindahan alam. Trail di atas bagi Murni sangat unik dengan susunan batuannya yang nampak cantik. Bila melalui batuan tersebut mata akan disajikan dengan lumut-lumut yang berada di sekitarnya.

Hiking di Gunung Silam Lahad Datu

Kami mulakan pendakian dalam jam 8:00 pagi & berakhir pada jam 2:44 petang. Kami tak teruskan pendakian ke puncak yang mana terletak mercu tanda Gunung Silam disebabkan penat yakmat. Kami hentikan pendakian di kawasan kantin saja. Masa nak balik ke gerbang utama Menara Kayangan, kami pun tumpanglah kenderaan 4x4 hikers yang lain.

Nah Murni belanja sikit video pendek sepanjang hiking di Gunung Silam. Sedikit kecewa sebenarnya bila nak  edit video rupanya time ambil video tak tekan pun button start. Nak marah rasa macam nak marah, tapi kena sabar. 


Baiklah sampai sini saja Murni berkongsi pengalaman hiking di Gunung Silam Lahad Datu Sabah. Terima kasih sudi baca entri ni, jumpa lagi 🥰