Camping di Air Terjun Kg Maktab Sandakan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Murni nak sambung lagi kemaskini blog berkaitan dengan aktiviti berkhemah di kawasan air terjun Kg Maktab Sandakan. Actually, kejadiannya berlaku bulan Januari & hari ni barulah Murni berkesempatan untuk berkongsi dengan korang.
Camping di Air Terjun Kg Maktab Sandakan
Disebabkan dah lama tak camping di dalam hutan, kami pun ambil keputusan untuk memilih tempat camping yang sebelum ni kami tak pernah pergi iaitu di kawasan air terjun Kg Maktab Batu 1 1/2 Sandakan atau lebih dikenali sebagai Kg. Botol oleh penduduk sekitarnya. Sebab utama kami decide untuk camping di kawasan ni sudah semestinya air terjunnya, kiranya senanglah untuk kami semua untuk dapatkan air.
15 Januari 2022
Jam 7:15pm, kami berkumpul di kawasan rumah kawan yang mana berhampiran dengan tempat yang kami akan tuju. Disebabkan ada kawan yang lain nak join last minute kami camping, dengan rasa sabar kami menunggu dalam sejam lebih haha (sokay yang penting nikmati masa bersama-sama temen itu lebis manis kan). Sementara menunggu kami agih-agihkan barang yang perlu dibawa masuk ke dalam hutan. Kami bergerak dalam jam 8:30pm & sampi di kawasan tapak perkhemahan dalam jam 9:00pm.
Setibanya di kawasan tapak perkhemahan, kami pun setup apa yang patut; dirikan khemah, pasang hammock, buat unggun api, pasang canvas untuk makan nanti. Masa malam ni juga ada kejadian yang Murni tak boleh nak lupa sampai sekarang, 1st timelah pasang hammock cuba sendiri & tetiba jatuh macam nangka busuk weyh sikit jatuh bergulik ke kawasan air terjun hahaha. Murni tak tidur dalam tent sebab tu pasang hammock.
Usai setup semuanya, tibalah masanya untuk makan malam. Jam 11 lebih juga barulah dapat makan. Nasib baik ada chef berpengalaman yang dijemput khas dari China, kalau tiada dia kebulur kami haha. Terima kasih chef Paijul & Kak Sumie. Alahai rindu dengan masakan kamu huhu.
16 Januari 2022
Nikmatnya lahai dapat bangun pagi hirup udara segar ditemani pula bunyi air terjun yang mengalir diiringi dengan bunyi kicauan burung-burung. Memandangkan dalam hutan ni ada pokok cempedak & kebetulan sangat masa ni musimnya berbuah kawan pun pergilah kutip untuk kami buat cempedak goreng. Tepung memang dah siap-siap bawa dari rumah. Sedap di makan dengan Old Town White Coffee instant hihi.
Selesai sarapan, kami pun berkemas-kemas & barang semua kami letak di kawasan air terjun. Sebelum bergerak pulang, kami mandi-manda dulu, alang-alang dah sampi ke sini tak sah kalau tak basahkan badan. Nasib baik kawasan air terjun ni tak dalam, kaki masih sampai lagi ke dasar. Almaklumlah Murni ni sejenis yang tak pandai berenang tapi teringin juga nak mandi di sini.
Kami bergerak ke lokasi tempat bermandi-manda yang seterusnya dalam jam 10:15 pagi. Kena berhati-hati bila melalui trail yang berbatu dan agak licin, bantuan dari kawan-kawan masa ni sangat penting. Nasib baik kawasan ni disediakan kemudahan seperti tali untuk berpaut. Kalau tersilap langkah boleh terjatuh & menyebabkan kecederaan.
Sampai di lokasi terakhir tempat kami bermandi-manda. Kedalaman air di kawasan ni bagi Murni dalam yakmat haha degil sangat nak juga masuk tapi bolehlah berpaut pada pokok kayu yang ditengah-tengah tu & berpaut dengan kawan-kawan.
Usai berendam dalam air, kami bertolak dari lokasi ni dalam jam 11:00 pagi. Masa dalam perjalanan keluar, Murni dapat berita gembira. Alhamdulillah penantian selama ni, Allah makbulkan juga. Terduduk juga masa ni, perasaan gembira sedih semua ada. In Sha Allah ada masa nanti Murni abadikan dalam blog ni.
Akhirnya tiba di kawasan rumah kawan, sebelum pulang gambar famili wajib dirakam. Nah Murni belanja video pendek sepanjang kami camping;
Tiada ulasan
Catat Ulasan