Camping di Sepilok B&B Sandakan | Assalamualaikum & Salam sejahtera. Hi, korang! Memandangkan esok dah mula bercuti, hari ini Murni luangkan masa untuk kemaskini entri blog yang tertangguh. Murni bersama-sama dengan geng hikers sambut malam tahun baru dengan melaksanakan aktiviti camping di Sepilok B&B Sandakan.
Camping di Sepilok B&B Sandakan
Serba sedikit info mengenai Sepilok Bed & Breakfast (B&B). Sepilok B&B menawarkan penginapan yang berpatutan dengan pelbagai kemudahan fasiliti yang lengkap seperti Wi-Fi percuma, tempat parking kereta percuma, luggage storage, makan/minum, pengangkutan, laundry, sports (Ping Pong & Dart) dll. Sepilok B&B terletak berhampiran Sepilok Jungle Resort, Sunbird Shed, & Observation Platform. Jarak Sepilok B&B dari lapagan terbang Sandakan dalam 20KM.
Kami tak book hotel di Sepilok B&B ni, kami hanya sewa tempat untuk camping di 'Dewan Terbuka' (actually Murni tak ingat nama tempat ni haha) yang mana lengkap dengan kemudahan elektrik, tandas, ping pong & dart untuk bermain. Kawasan ni dikelilingi dengan pokok buah-buahan antaranya pokok rambutan & pokok durian. Dapat jugaklah kami merasa durian & rambutan.
Kami bergerak agak lewat sedikit ke Sepilok B&B, tak silap Murni selepas waktu Maghrib. Setibanya di 'Dewan Terbuka' tengok geng hikers yang lain dah siap-siap pasang tent & sedia bahan untuk barbeque (ayam & ikan). Masa ni jugaklah tetiba rasa lapar haha sambil menunggu ayam & ikan siap dipanggang kami pun bancuh kopi ikut rasa tekak memasing.
Makan malam siap dihidang dengan pulut kuning, nikmatnya lahai rasanya bila dimakan dengan ayam & ikan panggang. Usai makan & berkemas duduk sebentar bercerita sambil makan kuaci ditemani dengan hujan renyai-renyai auto terus rasa mengantuk yakmat haha. Tidur awal juga masa ni sebab mata dah rabak sangat. Bila bangun subuh untuk solat badan rasa segar.
Dapat kumpul pagi-pagi sambil menikmati secawan kopi panas & makan bihun goreng pun sudah cukup buatkan rasa hati gumbira. Sumpah udara pagi di sini sangatlah segar boleh cuci mata menikmati kehijauan alam lagi. Alhamdulillah dapat juga Murni masakkan untuk mereka semua, ada kenangan yang dikutip sebelum Murni berpindah.
Usai makan macam biasalah cerita mengenai hiking memang akan jadi bualan mulut kami. Rasa seronok dan terhibur bila mendengar perkongsian pengalaman hiking dari otai hikers Sandakan, ustad Abdul Rauf. Kami keluar dari Sepilok B&B dalam jam 12 tengah hari. Sebelum kami bersurai macam biasa wajib ambil gambar famili hihi. Terima kasih geng hikers Sandakan untuk memori camping malam tahun baru di Sepilok B&B. 😘
Sampai di sini saja perkongsian Murni mengenai aktiviti camping yang Murni sertai bagi penutupan tahun 2021 yang banyak pahit manisnya. Semoga tahun 2022 ni kehidupan kita semua lebih baik dan diberkati dari tahun-tahun sebelumnya. Jumpa lagi dalam entri seterusnya.
Nice post thank you James
BalasPadam