Hiking Sepilok Laut Sandakan

Hiking Sepilok Laut Sandakan | Assalamualaikum & Salam sejahtera. Hi, korang! Hari ni Murni sambung lagi kemaskini blog berkaitan dengan aktiviti hiking di Sepilok Laut Sandakan. Actually entri blog ni pun tertangguh since last year 😒 

Hiking Sepilok Laut Sandakan


Bila dah lama gantung kasut, Murni pun teringinlah nak masuk sekali lagi Sepilok Laut Sandakan bagi tahun 2021. Sehari sebelum masuk Sepilok Laut (SL) kami jogging di Kompleks Sukan utk persiapan dari segi fizikal. Jarak Kabili Trail pergi balik pun dah 20KM± , jadi wajiblah trainning. 

Sebaiknya seminggu awal dah mula jogging, Murni masuk SL masa ini pun pewai berabis juga sebab trainning pun sehari saja haha. Nasiblah semangat tu masih ada πŸ˜‚

Hiking Sepilok Laut Sandakan
Kabili Theatre

Aktiviti hiking ni berlangsung 28/11/2021 disertai 7 orang hikers termasuk Murni sendiri. Sebelum mulakan aktiviti pendakian wajib buat pendaftaran & bayaran di kaunter. Kami berkumpul di hadapan Kabili Theatre untuk buat regangan otot, diikuti bacaan doa sebelum masuk hutan.

Hiking Sepilok Laut Sandakan
Entrance to Kabili Trail

Kami mulakan aktiviti pendakian pada jam 8:50 pagi. Untuk sampai ke papan tanda 'Entrance to Kabili Trail (120m) Murni tak ingat jarak dia berapa, anggaran masa dalam 15 minit ikut phase kami πŸ˜…

Hiking Sepilok Laut Sandakan
Gerbang Kabili Trail

Hiking kali ni rasa teruja sikit sebabnya semua papan tanda & pondok sudah dibaik pulih nampak cantik & sedap mata memandang walaupun banyak pacat πŸ˜‚  Terima kasih pihak pengurusan sudah sediakan kemudahan utk para pengunjung & hikers.

Hiking Sepilok Laut Sandakan
Pondok Pertama

Jarak pendakian dari gerbang Kabili Trail untuk sampai ke Pondok Pertama ambil masa dalam 30 minit.  Bila nampak Pondok Pertama dah rasa lega sikit, bolehlah rehat dalam 5 minit. Masa duduk pun kena peka dengan sekeliling sebab pacat ada di mana-mana πŸ˜…
 
Hiking Sepilok Laut Sandakan
Pondok Kedua

Sambung pendakian untuk ke Pondok Kedua pula. Pendakian ambil masa dalam 40 minit dari Pondok Pertama ke Pondok Kedua. Tiba-tiba jugalah selepas melalui jambatan Murni muntah 😭 Dugaan betul masa ni. Masa ni kaki Murni dah rasa berat melangkah tapi kena kuat juga 😒 

Hiking Sepilok Laut Sandakan
Pondok Ketiga: Bukit Jalil

Ya sambung lagi pendakian ke Bukit Jalil yang mana terletaknya Pondok Ketiga. Pendakian ambil masa sejam sebabnya Murni masa ni pewai dah tapi dah rasa okay sikit selepas muntah. 

Hiking Sepilok Laut Sandakan
Bukit Jalil, Sepilok Laut Sandakan

Penat tapi kena teruskan takkan nak patah balik πŸ˜‚ Kalau dah jumpa pondok ketiga ni petanda sikittttt lagi nak sampai ke Sepilok Laut Reception Centre (SLRC). Kami rehat dalam 10 minit di pondok ni sebelum sambung pendakian.

Hiking Sepilok Laut Sandakan
Laluan Ke SLRC

Jarak perjalanan dari Bukit Jalil ke SLRC ambil masa dalam 45 minit. Sepanjang perjalanan sebelum tiba di SLRC mata akan disajikan dengan kawasan paya bakau & kalau bernasib baik boleh nampak buaya πŸ˜…

Hiking Sepilok Laut Sandakan
SLRC

Sampai saja di SLRC kami berkumpul untuk makan tengah hari. Usai makan kami rehat sebentar. Kami putuskan untuk keluar dari SLRC ni dalam jam 2:30 ptg.

Hiking Sepilok Laut Sandakan

Sebelum balik ke pangkal jalan, wajib ambil gambar famili πŸ˜‚ Maka bermulalah pendakian balik yang ambil masa 4 jam. Patah berabis masa balik dengan pewai di tambah peha cramp πŸ˜‚ Syukur Alhamdulillah berjaya juga sampai ke penghujungnya. Terima kasih geng hikers yang sangat supportive πŸ’—

Sebelum kisah ini berakhir, jom layan video di bawah ni




Terima kasih yang sudi baca entri aktiviti Murni Hiking di Sepilok Laut Sandakan. Jumpa lagi dalam entri blog yang akan datang πŸ’—