Hiking Mont Walker Sandakan

Hiking Mont Walker Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Murni nak sambung lagi entri yang tertangguh sebelum ni sebab laptop rosak. Buat masa ni Murni kemaskini blog menggunakan hanphone saja. Gigihlah menaipnya 😌

Hiking Mont Walker Sandakan

Moment hiking di Mont Walker ni  tahun lepas lagi, 05/12/2021. Hari ni datang sikit kerajinan Murni untuk berkongsi aktiviti hiking hujung minggu bersama-sama temen Murni. 

Hiking Mont Walker Sandakan

Kami putuskan ikut trail shorcut menuju ke kawasan air terjun Mont Walker. Hiking kali ni hanya bertujuh saja sebab kawan yang lain ada hal tak dapat nak join sekali. Perjalanan kami menuju ke starting point diiringi dengan hujan renyai-renyai. Kami masuk hutan agak lewat sikit dalam jam 10 pagi.

Hiking Mont Walker Sandakan

Starting point kami bermula di kawasan rumah lama yang tidak berpenghuni. Trail kali ni (Trail B) Murni tak pernah masuk lagi, kalau sebelum ni biasa ikut trail yang mana jarak 7km (Trail A) Agak teruja sikit bila ikut trail B ni sebabnya mata kita akan disajikan dengan pokok Ara yang sangat unik. Korang tengoklah gambar di atas. Cantik kan?

Hiking Mont Walker Sandakan

Bukan si Murni kalau time hiking tidak pewai 😂 Trail ni actually tidaklah susah mana cuma Murni yang kurang stamina ditambah dengan lapar lagi. Kaki pun rasa berat nak melangkah haha

Hiking Mont Walker Sandakan

Part yang paling bahagia, bila sampai di kawasan air terjun Mont Walker air terjun yang mengalir tidak mengecewakan. Sumpah rasa nyaman sangat. Jarak pendakian ambil masa sejam untuk sampai ke kawasan air terjun ni.

Hiking Mont Walker Sandakan

Tidak lengkap rasanya bila masuk hutan tak masak maggi sambil hirup secawan kopi. Survival betullah kami masa ni, boleh pula lupa bawa peralatan memasak terpaksa guna  stainless steel cup untuk masak air. Alhamdulillah semua dapat makan.

Hiking Mont Walker Sandakan

Usai makan & beristirahat, kami pun balik ke pangkal jalan haha. Sebelum tu ya jangan dilupa untuk ambil gambar famili 😂

Hiking Mont Walker Sandakan

Di tengah² pendakian kami rehat sebentar untuk bergambar di lereng bukit yang berlumut. Kami sampai di starting point dalam jam 2:10 petang. Tetiber rindu tempat hiking ni 😢 Entah bila lagi Murni dapat hiking di Mont Walker.

Nah Murni belanja video hiking di Mont Walker Sandakan


Sampai sini saja perkongsian Murni. Terima kasih sudi baca entri ni. Jumpa lagi 🥰