Hiking Malam di Bukit Mawar Sandakan

Hiking Malam di Bukit Mawar Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Memandangkan laptop Murni rosak sehingga ke hari ni, so banyak entri yang tertangguh. Buat masa sekarang Murni kemaskini blog hanya menggunakan handphone saja. Walaupun kejadiannya ni dah lama berlalu, Murni tetap nak abadikan dalam blog juga.

Hiking Malam di Bukit Mawar Sandakan


Berbalik pada cerita hiking malam di Bukit Mawar. Akhirnya setelah lama gantung kasut, dapat juga hiking malam dengan kawan-kawan bulan 10 tahun lepas. Bila kawan Murni up ada gerakan untuk hiking malam di Bukit Mawar, Murni pun rasa teruja nak ikut serta sekali.

Murni teringin sangat nak pergi, Bukit Mawar last hiking di Bukit Mawar awal tahun 2019. Bukit Mawar Sandakan berketinggian 160m/525 ft. saja. Trail sangat santai pada waktu malam & sedikit seksa kalau hiking pada waktu pagi sebab kawasan trail agak terbuka & bila cuaca terik panas kawkaw hihi (bawalah payung)

David Station Peak

Macam biasalah kalau aktiviti hiking pada waktu malam, kami akan gerak awal dari rumah selepas waktu Maghrib & akan berkumpul di kawasan yang lapang untuk briefing diikuti dengan bacaan doa. 

Peringatan mesra untuk korang yang baru nak berjinak-jinak hiking pada waktu malam, peralatan seperti head lamp & torch light serta ubat-ubatan wajib bawa. Jangan lupa juga sejam sebelum mulakan pendakian makanlah dulu bagi mengelakkan rasa laper. 

Hiking Malam di Bukit Mawar Sandakan
Mawar Peak

Kesilapan terbesar Murni masa hiking malam di Bukit Mawar ni, Murni tak makan dulu. Last² pewai di pertengahan trail siap pakej pening & muntah sebab perut kosong haha. Bila sampai ke puncak jamahlah makanan yang geng hikers bawa sambil menghirup secawan kopi.
 
Hiking Malam di Bukit Mawar Sandakan
Mawar Peak

Masa kami tiba di puncak, ada geng hikers yang buat aktiviti camping siap pasang lampu lagi. Indahnya lahai pemandangan di kawasan sekitar. Cuaca sedikit berangin pada malam tu. Seronok sangat dapat kumpul macam ni sambil bercerita tentang kehidupan.

Hiking Malam di Bukit Mawar Sandakan
Mawar Peak

Usai makan & berehat di puncak, kami pun balik awal sebab esok paginya kena masuk kerja. Suka sangat kan buat kerja gila, malam hiking keesokannya kerja. Yang penting puas hati, penat tu tolak tepi.


Nah Murni belanja pemandangan dari Mawar Peak. Sampai sini saja perkongsian hiking di Bukit Mawar Sandakan. Terima kasih korang sudi baca entri ini 🥰