Resipi Nasi Air Kelantan

Resipi Nasi Air Kelantan

Resipi Nasi Air Kelantan |Assalamualaikum & salam sejahtera. Sebenarnya nasi air kelantan ni salah satu makanan yang Murni selalu beli bila balik dari kelas masa belajar di UUM dulu. 

Murni rindu dan teringin sangat nak makan nasi air Kelantan, gigihlah Murni belajar cara nak masaknya. Resipi Murni dapat dari Facebook (maaf lupa nama fb)

Resipi Nasi Air Kelantan


BAHAN-BAHAN
  1. Secawan beras 
  2. 3 biji bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. Isi ayam 
  5. 1 kiub pati ayam
  6. 1 inci halia
  7. Akar daun ketumbar
  8. Ikan bilis
  9. Kulit kayu manis
  10. Bunga lawang
  11. Garam & serbuk perasa/ajinamoto
  12. Air secukupnya
  13. Lada potong
  14. Limau
  15. Kicap
  16. Bawang goreng

CARA-CARA MASAK BUBUR NASI
  1. Cuci beras sehingga bersih, kemudian toskan airnya. 
  2. Goreng beras tadi tanpa minyak.
  3. Blender beras yang sudah siap digoreng, masukkan secawan air.
  4. Kemudian masak nasi macam biasa & kena masukkan 2 cawan air. Pastikan sentiasa kacau sehingga bubur nasi masak & lembut.

CARA-CARA MASAK SUP

  1. Sebelum masak sup, Murni goreng ikan bilis terlebih dahulu dengan menggunakan minyak yang sedikit. Minyak hasil dari menggoreng ikan bilis, Murni gunakan untuk menumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Bahan-bahan yang ditumis tadi masukkan dalam periuk, tambah air secukupnya.
  3. Masukkan kiub pati ayam, akar ketumbar, isi ayam, garam dan serbuk perasa sikit.
  4. Kacau-kacau sup.
  5. Isi ayam tadi boleh keluarkan, kemudian carik-carikkan.

  Resipi Nasi Air Kelantan

Siap untuk di hidang. Nak lagi sedap boleh letak bawang goreng, cili/lada potong, kicap & limau.

Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai resipi Nasi Air Kelantan. Selamat mencuba! Terima kasih sudi baca entri ni 😘

0 Comments