Beli Rak Besi Serbaguna di Shopee Malaysia

Beli Rak Besi Serbaguna di Shopee Malaysia | Assalamaualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Finally, dapat juga Murni luangkan masa untuk berblogging di hujung minggu. Hari ni Murni nak kongsi personal review Beli Rak Besi Serbaguna di Shopee Malaysia. Actually Murni beli rak besi serbaguna ni bulan 6 lagi tapi baru hari ni tergerak hati nak share di blog hihi 

Beli Rak Besi Serbaguna di Shopee Malaysia


Murni beli rak besi serbaguna ni sebab rak besi yang sebelum ni Murni beli dah rosak terlebih muatan agaknya sampai patah dibuatnya haha. Rak besi kali ni lebih kukuh berbanding yang sebelum ni tapi sayang tak boleh nak gantung baju. Tak mengapalah yang penting Murni boleh organize barang-barang Murni dengan lebih baik. 

Beli Rak Besi Serbaguna di Shopee Malaysia

Murni beli rak besi serbaguna dari FLY.Marketing, Shop Link: shopee.com.my/fly.automart . Harga RM60.00. Saiz 60cm X 148cm. Murni pilih warna hitam sebab nak suai padan kan dengan katil warna putih. Kos postage yang Murni perlu bayar RM 55.12 dengan berat cecah 10kg. Total semua RM115.12.

Dah nama pun rak serbaguna, ada sesetengah pengguna yang jadikan rak besi ni untuk organize barang-barang di dapur, di ruang tamu & bilik memasing. Macam Murni sendiri Murni letakkan rak besi serbaguna ni di dalam bilik untuk memudahkan Murni menyimpan & mencari barang yang diperlukan.

Rak atas sekali tu Murni susun sling bag, hand bag, & backpack, rak kedua tu Murni susun barangan outdoor, rak ketiga dalam 2 box tu Murni simpan semua tudung Proper Hijab (lemari Murni dah tak muat haha), 2 box lagi Murni simpan stoking kulit & stoking hiking. Rak bawah sekali Murni letakkan kotak tisu, mask & dalam box besar tu ada kudap-kudapan haha.

Murni puas hati sangat guna rak besi serbaguna ni kukuh sangat barang pun nampak lebih tersusun. Korang tak perlu risau, panduan untuk pemasangan benda alah ni ada di sediakan; sangat mudah. 

Baiklah sampai sini saja perkongsian Murni. Terima kasih sudi baca entri Beli Rak Besi Serbaguna di Shopee Malaysia. 😘

*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.