Beli Akuarium di Shopee Malaysia

Beli Akuarium di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Sebulan dah Murni tak kemas kini blog berkaitan dengan personal review, rindu pula rasa hati eh haha. Actually boleh dikatakan setiap bulan ada saja barang yang Murni akan beli di Shopee, tapi nak buat review tu kadang kena tunggu mood rajin tu datang dulu huhu. 

Beli Akuarium di Shopee Malaysia

Bila teringin sangat nak bela kucing tapi tak dibenarkan di rumah sewa, jadi Murni pun buat keputusan bela ikan haha. Ikan pertama yang Murni bela, ikan laga multi galaxy. Tapi sayang ikan tu dah mati 😭😭😭. Then Murni belilah ikan tetra yang comel, guppy, black molly & Murni beli lagi 3 ekor ikan laga. 

Akuarium kaca yang Murni beli sebelum ni retak seribu disebabkan kecuaian masa nak cuci akuarium. Kalau beli di kedai rasa macam rugi sangat sebab harga yang Murni survey mahal. Nasib ada Shopee, boleh dapat harga yang murah & kualiti akuarium yang sampai di tangan Murni pun kemas elok rupanya. 

Beli Akuarium di Shopee Malaysia

Actually, pada mulanya Murni agak ragu-ragu nak beli secara online takut akuarium tu pecah. Murni baca review customer sebelum buat pembelian dengan seller shopee: zamrizolkifli83 (korang boleh search shop di Shopee ya). Murni ada terbaca review customer barang sampai pecah, kemudian Murni perasan yang seller ni dah improve dari aspek packaging. Murni pun belilah sebijik akuarium kaca bersaiz 12X6X6 inci dengan harga RM29.00. Murni beli sekali makanan ikan laga Merubeni No 5 75g dengan harga RM9.00. 

Beli Akuarium di Shopee Malaysia

Akuarium yang Murni beli ni Pre-Order tau, seller dah siap-siap mention barang adalah Pre-Order, jadi kena bersabar barang akan sampai lambat sikit. Murni order 30/06/2021 & sampai ke tangan Murni pada 09/07/2021. Kos shipping kalau ikutkan kena bayar RM14.00, tapi Murni dapat diskaun RM9.00 kerana menggunakan kaedah pembayaran ShopeePay. Murni reedeme shopee coins berjumlah RM0.48. Total pembelian akauarium & makanan ikan termasuk kos shipping berjumlah RM42.52.

Beli Akuarium di Shopee Malaysia

Gambar di atas Murni dah ambil beberapa hari lepas. Hari ni Murni dah bersihkan akuarium, ikan black molly Murni dah asingkan guna mini akuarium sebab 2 ekor ni agresif tak boleh nak duduk sama-sama dengan ikan yang lain haha. 

Secara keseluruhannya, Murni berpuas hati dengan harga, kualiti akuarium, pacakaging, & servis kurier. Sampai sini saja personal review berkaitan dengan Beli Akuarium di Shopee Malaysia. Terima kasih sudi baca entri ini 😘

*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.