Resipi Ayam Bakar Madu Air Fryer | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Sejak mula PKP 3.0 ni tetiba pula datang rajin masak guna Air Fryer (AF). Sepanjang guna AF, sumpah masak guna AF ni lagi mudah, cepat & jimat masa haha. Murni belajar resipi baru mostly dari group FB Resepi Air Fryer [Malaysia].
Resipi Ayam Bakar Madu AF
BAHAN-BAHAN PERAPAN
- Bawang putih 10 ulas & halia 1 inci (tumbuk)
- Lada hitam biji 2 sudu besar (tumbuk)
- Serbuk Cili Baba's 3 sudu besar
- Sos tiram 2 sudu besar
- Madu 3 sudu besar
- Secubit garam & ajinamoto (optional)
Yang ni Murni perap selama setengah jam. Lagi lama diperap, lagi sedap ayam tu. Memandangkan dah lapar sangat Murni perap setengah jam saja.
Murni bakar ayam untuk 10 minit pertama dengan suhu 180०C
Tadaaaa rupa ayam selepas 10 minit pertama.
Kemudian, terbalikkan ayam. Letakkan sikit lebihan perapan di atas ayam. Bakar lagi ayam dengan suhu 180०C selama 10 minit
Lebihan perapan jangan dibuang, korang boleh guna untuk keesokan harinya just letak dalam peti ais saja. Murni gunakan lebihan perapan ni untuk kambing bakar madu AF.
Siap. Selamat mencuba Resipi Ayam Bakar Madu Air Fryer ni!
Tiada ulasan
Catat Ulasan