Hiking Air Terjun Kg Muhibbah Via Bukit Leila Sandakan

Hiking Menuju ke Kawasan Air Terjun Kg Muhibbah Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Murni nak sambung entri berkaitan dengan aktiviti hiking bagi tahun 2021. Actually pembukaan hiking kami dah pun bermula pada 02/01/2021 hiking di Bukit Seguntor (IOI Peak) selepas ada kelonggaran untuk aktiviti hiking. Murni tak kemas kini di blog sebab tak ada ambil video & gambar pun just ambil sekeping dua saja. Murni join pun sebab nak hilangkan rasa rindu dengan bau hutan haha. Pada masa tu team hikers  dari Tawau pun join sekali. 

Hiking Air Terjun Kg Muhibbah Via Trail Bukit Leila Sandakan

Berbalik pada tajuk utama, kalau ikutkan lama juga kami berehat dari dunia hiking. Kemudian 28/02/2021 barulah kami berpeluang untuk pergi hiking lagi menuju ke kawasan air terjun Kg Muhibbah dengan melalui trail Bukit Leila. Trail Bukit Leila ni banyak cabangnya & kalau korang nak pergi hiking di sini wajib ada guide okey. Pada masa ni ada 8 orang hikers semuanya.

Hiking Air Terjun Kg Muhibbah Via Bukit Leila Sandakan

Kalau ikut phase Murni jarak perjalanan pergi balik dalam 7.02KM & ambil masa dalam 4:28. Trail menuju ke kawasan air terjun melalui Bukit Leila bagi Murni moderate tidaklah pewai berabis haha. Bila dah lalu kawasan yang lapang, santai saja. Tapi kalau cuaca panas terik memang sepanjang jalan akan merungut. Alhamdulillah masa kami hiking cuaca baik-baik saja.

Hiking Air Terjun Kg Muhibbah Via Bukit Leila Sandakan
Pewai itu biasa terjadi haha

Hiking Air Terjun Kg Muhibbah Via Bukit Leila Sandakan
Anak Sungai Berhampiran Kawasan Tapak Perkhemahan

Hiking Air Terjun Kg Muhibbah Via Bukit Leila Sandakan
Kawasan Tapak Perkhemahan

Bagi korang yang suka dengan aktiviti berkhemah boleh cuba suasana berkhemah di tengah hutan. Jangan lupa bawa hammock sekali haha. Kawasan tapak perkhemahan ni berdekatan dengan anak sungai.

Hiking Air Terjun Kg Muhibbah Via Bukit Leila Sandakan
Air Terjun 8 Tingkat Kampung Muhibbah Sandakan

Untuk pengetahuan korang juga, ni kali pertama Murni jejakkan kaki ke kawasan Air Terjun Kg Muhibbah. Sebelum ni Murni hanya dapat melihat gambar dari perkongsian rakan-rakan hikers di media sosial mengenai air terjun Kg Muhibbah ni. Bila musim hujan, airnya sangat deras & yang menariknya struktur batuan air terjun yang terbentuk mempunyai 8 tingkat semuanya.

Hiking Air Terjun Kg Muhibbah Via Bukit Leila Sandakan

Mungkin nasib kami tidak berapa baik masa ni, air yang mengalir tidaklah sederas yang Murni nampak dalam gambar sebelum ini. Tapi dapat jejakkan kaki ke sini pun dah rasa berpuas hati, kiranya mission accomplished lah katakan. Hampir tersesat juga masa nak balik, tapi syukurlah ditunggu juga kesian haha. Kes jari cedera pun ada sebab berpaut pada pokok adedeh macam-macamlah si Murni ni. Semua ni kenangan gais haha

Nah video pendek sepanjang hiking menuju ke kawasan air terjun Kg Muhibbah melalui trail Bukit Leila


Ok baiklah, sampai sini saja Murni kongsikan berkaitan dengan aktiviti hiking menuju ke kawasan air terjun Kg Muhibbah melalui trail Bukit Leila Sandakan. Aktiviti hiking seterusnya di Pulau Berhala Sandakan, tunggu kemaskini entri terbaru di blog Murni ya. Terima kasih sudi baca entri ni 😘