Hiking di Pulau Berhala Sandakan 2.0 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak kongsikan lagi berkaitan dengan aktiviti membukit di hujung minggu. Murni pergi hiking di Pulau Berhala Sandakan 05hb yang lepas hari ahad bersama-sama dengan "Puteri-puteri Bukit" dan hikers lain yang mana datangnya dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Kalau tak silap ada 50 orang yang join aktiviti hiking ni. kiranya hiking di Pulau Berhala ni merupakan pembukaan bagi aktiviti membukit tahun 2020. Tak sabar nak pergi membukit di tempat lain pula ๐
Hiking di Pulau Berhala Sandakan 2.0
Actually ni merupakan kali kedua Murni hiking di Pulau Berhala Sandakan, tapi sayang sangat hiking yang first time tu tiada rezeki untuk naik ke Puncak Bohey Luyang. Korang boleh baca entri sebelum ni di sini [+] Hiking di Pulau Berhala, Sandakan. Alhamdulilllah sangat hiking kali ke-2 ni Murni berpeluang untuk jejakkan kaki ke Puncak Bohey Luyang.
Falling in love with Sunrise |
Seawal 6 pagi dah bergerak menuju ke hatimu ๐, eh! ke pusat bandar Sandakan & sebelum pergi ke Pulau Berhala wajib sarapan dulu. Usai sarapan, kami berkumpul pula di kawasan I ๐งกSANDAKAN sign. Nah terimalah gambar kami sebelum pergi membukit haha.
Kasut Adidas Kampung juga paling win |
Kami berkumpul pula di Jeti Pasar Sandakan & perlu menaiki bot. Memandangkan kami ramai, kalau tak silap ada 3 trip yang menuju ke Pulau Berhala.
Hikers padu semuanya ๐ |
Jeti kawasan perkampungan Pulau Berhala |
Kawasan Perkampungan Pulau Berhala |
Sebelum memulakan aktiviti membukit, marilah meregangkan otot dulu.
Siapa yang suka melihat kehijauan alam sekitar kita punya rasa & jiwa yang sama hihi etchinggg ๐ Gambar atas ni merupakan laluan yang kami perlu redah sebelum membukit.
Murni tertarik dengan pemandangan di atas ni Subhanallah cantik sangat sejuk mata memandang.
Laluan ni pun boleh buatkan kau tercungap-cungap tak cukup nafas haha. Gambar untuk trails tak banyak yang Murni sempat ambil, bila dah sampai ke atas tu Murni dah rasa pening sikit, ambil video pun tak berapa pandai sangat. Tapi bolehlah Murni belajar pelan-pelan edit video almaklumlah masih newbie lagi bab editing video ni hihi.
Nah video yang Murni edit khas untuk tatapan korang. Dalam video ni korang boleh nampak sendiri antara trails yang Murni sempat rakamkan sepanjang membukit di Pulau Berhala Sandakan.
Hiking kali ni rasa best yakmat sebabnya Murni dah berjaya panjat menara peninjau di Puncak Rumah Api. Even rasa takut siap tangan & kaki pun menggeletar tetap teruskan langkah panjat menara peninjau. Ketinggian menara peninjau ni sumpah Murni tak tahu haha.
Menara Peninjau Puncak Rumah Api Pulau Berhala Sandakan |
Lupa nak minta tolong kawan untuk captured momen macam gambar di atas. Tak apalah yang penting Murni dah merasa naik menara peninjau ni, scary juga sebenarnya sebab bila dah sampai atas tu mana dengan angin kuat lagi siap bergoyang lagi menara ni.
Menara Peninjau Puncak Rumah Api Pulau Berhala Sandakan |
Sebelum turun ke bawah, sempat minta tolong kawan captured sekeping foto, eh! ๐ Nah gambar di bawah adalah pemandangan dari atas menara peninjau. Subhanallah indahnya ciptaan Tuhan.
Pemandangan dari atas menara peninjau |
Pemandangan dari atas menara peninjau |
Pemandangan dari atas menara peninjau |
Dah turun dari menara peninjau, Puteri Bukit pun ambil turn bergambar berlatar belakangkan pemandangan tumbuhan yang menghijau, laut & langit yang biru. Cantik yakmat, tenang jiwa melihatnya ๐
Puncak Rumah Api Pulau Berhala Sandakan |
Puncak Rumah Api Pulau Berhala Sandakan |
Puncak Rumah Api Pulau Berhala Sandakan |
Usai berehat & captured momen di Puncak Rumah Api, kami pun teruskan perjalanan menuju ke kantin berdekatan dengan jeti. Gambar di bawah ni merupakan laluan menuju ke hatimu ๐คญ
Gambar di atas ni actually Murni captured time pergi hiking sebelum ni, hiking kali ni tak terfikir langsung nak ambil gambar sekeping dua ๐
Berehat kejap di sekitar kawasan kantin sebelum membukit ke puncak kedua, Puncak Bohey Luyang (Puncak Selatan). Memulakan perjalanan diiringi dengan matahari yang terik terpacak atas kepala haha, tak apalah janji misi untuk naik ke Puncak Bohey Luyang tercapai ๐.
Laluan menuju ke puncak Bohey Luyang mencabar sikit bagi Murni, tapi semua tu tolak tepi yang penting mental & fizikal kena kuat haha. Pokok di atas sangat unik bagi Murni, macam berada di Korea pun ada haha. Jangan ditanya apa nama pokok, sumpah Murni tak tahu ๐
Sepanjang perjalanan nak menuju ke Puncak Bohey Luyang Sempat jugalah singgah di beberapa tempat untuk captured beberapa gambar denngan view yang cantik yakmat (lihat gambar dibawah). Rasa takut macam nak gugur jantung bila bergambar di tebing batu ni, tapi disebabkan rasa teringin tu dah menguasai diri Murni sanggup ๐
Sesekali berhenti kejap sebab dah rassa penat, tercungap-cungap nak teruskan perjalan ke Puncak Bohey Luyang, air mana air ๐ Penat semua hilang bila dah sampai di Puncak Bohey Luyang, pemandangan disekitarnya sangatlah cantik, rugi sangat pergi Pulau Berhala kalau tak naik ke Puncak Bohey Luyang ni.
Alhamdulillah mission accomplished. Terima kasih semua untuk memori daun pisang yang tercipta sepanjang pendakian menawan Puncak Rumah Api & Puncak Bohey Luyang di Pulau Berhala Sandakan. Murni simpan semua memori ni di blog untuk tatapan masa depan etchinggg ๐
Sampai sini saja cerita membukit Murni di Pulau Berhala Sandakan, terima kasih sudi baca. Destinasi hiking seterusnya? Tunggu tau, jangan bosan dengan blog Murni haha In Sha Allah Murni akan kemaskini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan