Beli TAHAN Ultralight 35L Foldable Bag di PTT Outdoor

Beli TAHAN Ultraligght 35L Foldable Bag di PTT Outdoor | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Dalam entri sebelum ini, Murni ada mention yang Murni tengah tunggu barang dari PTT Outdoor iaitu foldable bag jenama Tahan. Jadi Murni kongsilah dengan korang personal review berkaitan foldable bag ni khas untuk korang yang minat dengan aktiviti outdoor terutamanya hiking.

Beli TAHAN Ultralight 35L Foldable Bag di PTT Outdoor

Persiapan membeli barangan outdoor untuk tujuan mendaki gunung Kinabalu tahun depan, Murni dah mula beli sikit-sikit pada tahun ni. Kalau nak beli sekaligus mahunya menangis dompet haha. Naik Gunung Kinabalu nanti wajib bawa 2 beg; 1 beg 50L  untuk pakaian & lain-lain kelengkapan, 1 beg lagi korang boleh guna foldable bag untuk simpan air, ubat-ubatan & sedikit makanan ringan. 

Foldable bag ni korang boleh guna semasa pendakian dari Laban Rata sehingga ke puncak Gunung Kinabalu nanti.  Murni wajib beli foldable bag ni sebab utamanya beg TAHAN ni ringan mudah di lipat & saiz beg pun besar 35L.

Beli TAHAN Ultralight 35L Foldable Bag di PTT Outdoor
TAHAN Foldable bag

Murni beli foldable bag ni di website [+] PTT Outdoor pada 27/10 & Murni terima parcel pada 03/11. Harga asal TAHAN Ultralight 35L Foldable Bag ni RM70.00 & Murni beli masa tengah on promosi dapatlah diskaun 30% , RM49.00. Kos penghantaran RM15.00 dengan menggunakan J&T Express. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar RM64.00.

Beli TAHAN Ultralight 35L Foldable Bag di PTT Outdoor
Padded strap relieving pressure

Material beg ni diperbuat dari Polyster & kalis air, strap & buckles boleh adjust, sangat ringan & ruang simpan barang pun luas, didatangkan dengan small pouch untuk menyimpan foldable bag ni, sangat sesuai digunakan untuk travel & aktiviti outdoor atau harian. beg ni sesuai dipakai tidak kiralah wanita atau lelaki. Terdapat dua warna hitam & juga grey. Murni pilih warna hitam, hitam kan menawan? hihi


Beli TAHAN Ultralight 35L Foldable Bag di PTT Outdoor
Bahagian dalam TAHAN Foldable Bag

Secara keseluruhannya, Murni berpuas hati dengan kualiti foldable bag jenama TAHAN ni sesuailah dengan harga yang ditawarkan. Kemain lagi perasaan gembira datang bila parcel sampai dapat beg yang boleh penuhi kehendak Murni bila mendaki nanti (nak beg yang ringan saja). Murni siap dapat voucher diskaun untuk next pembelian di PTT Outdoor. Terima kasih PTT Outdoor.

Rasmi beg TAHAN hiking di Mont Walker Sandakan 29/11/2020

Baiklah sampai di sini saja Murni kongsi persoal review mengenai Beli TAHAN Ultralight 35L Foldable Bag di PTT Outdoor. Terima kasih sudi baca entri entri ini & jumpa lagi dalam entri yang akan datang 😘

*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.