Beli Metal Clothes Rack & Storage Box di Shopee Malaysia


Beli Metal Clothes Rack & Storage Box di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Hari ni Murni nak berkongsi lagi personal review mengenai barang yang Murni beli di Shopee Malaysia iaitu Metal Clothes Rack & Storage Box. Shopee ni berhantu sangat tau, bila ada diskaun confirmed ada saja yang Murni nak dibeli haha. 

Beli Metal Clothes Rack & Storage Box di Shopee Malaysia

Murni beli dua benda alah ni pun sebab utamanya lemari baju Murni dah penuh. Tambah lagi malas nak lipat kain haha, baju hiking & baju t-shirt kerja kalau boleh just main gantung saja. 

Metal Clothes Rack

Beli Metal Clothes Rack & Storage Box di Shopee Malaysia

Metal Clothes Rack ni Murni beli pada 30/09 dan terima pada 27/10. Harga asal clothes rack ni RM59.90 & masa pembelian ni dibuat ada diskaun 58% dapatlah harga RM24.88. Kos shipping agak mahal sikit RM25.76 menggunakan kurier Pos Laju, nasib baiklah Murni applied shipping discount & hanya perlu bayar kos shipping RM12.40 saja. Jumlah keseluruhan yang Murni perlu bayar RM38.24. 

Murni terima barang ni agak lambat sikit disebabkan PKPB. Terpaksalah dengan rela hati pergi collect barang di Pejabat Pos sebab masa ni Murni menggunakan alamat pejabat, pejabat pula tutup masa PKPB. Tak mengapalah yang penting baraang sampai dalam keadaan yang baik.

Yang bestnya clothes rack ni dia ada roda, jadi senang sangat nak alihkan. Pilihan warna ada putih, hitam, coklat & pink. Murni pilih warna putih sebab nak bagi padankan dengan storage box warna pink hihi. Dimension metal clothes rack: 86cm(L, Top Part) x43cm(W)x158cm(H). Berat: 1.6kg. Panduan untuk pasang clothes rack ni ada disediakan, jadi korang tak perlu risau. Kacang jerrr nak pasang haha

4 in 1 Storage Box

Beli Metal Clothes Rack & Storage Box di Shopee Malaysia

Murni beli 4 in 1 Storage Box ni pada 26/10 & terima barang pada 04/11. Harga asal storage box ni RM69.90 & ada diskaun 47% dapatlah harga RM36.88. Kos shipping RM38.16 menggunakan kurier J&T & Murni applied shipping discount, jadi hanya perlu bayar RM12.72 saja. Shopee Coin berjumlah 101 poin Murni reedemed bersamaan dengan RM1.01. Jumlah keseluruhan yang Murni perlu bayar berjumlah RM61.31 saja. Jimat banyak haha.

Dalam storage box yang bersaiz besar Murni simpan tudung-tudung dari koleksi Proper Hijab, box bersaiz sederhana simpan tudung bawal sarung biasa, storage box bersaiz kecil Murni simpan stoking kerja & stoking/glove untuk pergi hiking.

Tadaaa bila bergabung dua benda alah ni, letak di sudut bilik pun dah puas hati tak payah pening-pening lepas ni lemari tak muat haha. Sling bag pun boleh tumpang sekaki gantung tepi.

Beli Metal Clothes Rack & Storage Box di Shopee Malaysia
Bilik bujang haha

Kedua-dua barang ni Murni beli dari seller yang sama di Shopee Shop: ILOVEHOME Official Store (korang just search nama shop ni Shopee okay)  tapi order pada tarikh yang berbeza-beza. Masa pembelian clothes rack dibuat, storage box ni dah sold out jadi terpaksalah menunggu. Nasib seller restock storage box ni. Sumpah storage box ni lawa aihhh berkualiti lagi. Seller ni based in Johor.

Secara keseluruhannya, Murni berpuas hati dengan pembelian Murni di Shopee Malaysia. Walaupun ada masalah sikit dari aspek penghantaran barang, yang tu memang tak boleh nak elak sebab Murni faham dengan situasi semasa yang berlaku kini. 

Baiklah sampai di sini saja perkongsian personal review Murni mengenai beli Metal Clothes Rack & Storage Box di Shopee Malaysia. Terima kasih korang yang sudi luangkan masa baca entri ni. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang 😘

*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.