Aktiviti Outdoor di Tanjung Pisau Sandakan

Aktiviti Outdoor di Tanjung Pisau Sandakan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Minta maaf sangat dah 2 bulan Murni tak kemaskini blog 😔 Ni semua sebab kekangan masa, Isnin hingga Jumaat kerja, sabtu ahad ada pengisian aktiviti outdoor. Hari ni curi masa sikit Murni nak kongsikan dengan korang aktiviti riadah bersahabat dan menikmati panorama alam semulajadi di Tanjung Pisau Sandakan yang mana telah berlangsung pada bulan lepas iaitu 27 hingga 28 Jun 2020.

Aktiviti Outdoor di Tanjung Pisau Sandakan

Pantai Tanjung Pisau Sandakan terletak 45.3km dari Pusat Bandar Sandakan. Jarak perjalan ke Jeti Sungai Lalasun dari Pusat Bandar sejauh 42km. Perjalanan menuju ke Pantai Tanjung Pisau akan melalui Jalan Utara, Jalan Labuk, Jalan Sungai Batang, Jalan Kampung Padas, Jalan Sungai Daling & akhir sekali akan melalui Jalan Lalasun. Bagi korang yang ingin berkunjung ke Tanjung Pisau juga boleh melalui Jalan Rancangan Sungai Manila sebelum memasuki laluan Jalan Kampung Padas.

Seramai 37 orang hikers yang menyertai aktiviti riadah ini yang mana terdiri daripada team hikers Semangat Hutan, Gaso-gaso Hikers, Puteri Bukit Hikers, Budak Kaki Bukit & Babatrekker. Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan, kumpulan pertama terdiri daripada 20 orang hikers, kumpulan kedua 8 orang hikers & kumpulan ketiga 9 orang hikers. Murni termasuk dalam kumpulan yang kedua. & bergerak dari rumah selepas waktu Zohor.

Hari Pertama di Tanjung Pisau Sandakan 27 Jun 2020

Aktiviti Outdoor di Tanjung Pisau Sandakan
Tiba di Jeti & menaiki rakit (skau) | Foto oleh Murni Mohd Yusof

Sampai di kawasan tapak perkhemahan tepi pantai Tanjung Pisau, khemah didirikan dengan bantuan hikers lain. Almaklumlah kami team Puteri Bukit tak pandai lagi nak pasang khemah. Perkara asas macam ni kena belajar juga supaya camping seterusnya boleh pasang sendiri. Siap pasang khemah barulah dapat mengisi perut yang kosong sebab tak makan tengah hari haha. Menu telur dadar & sup ayam pun jadi sedap bila dapat makan sama-sama dengan team hikers yang lain.

Menjelang waktu senja, mulahlah aktiviti memasak oleh team dapur yang diketuai oleh kak Sumie. Kami bantu mana yang mampu saja, minta maaf kalau ada yang terkurang lain kali boleh diperbaiki😁. Nikmatnya rasa bila dapat berkumpul ramai-ramai, makan bersama-sama, ada sesi suai kenal., berkongsi rasa & pengalaman. Semoga silaturrahim yang terbina berkekalan hingga hujung nyawa. 

Aktiviti Outdoor di Tanjung Pisau Sandakan
Famili Hikers | Foto oleh Murni Mohd Yusof

Waktu malam kami disapa dengan hujan renyai-renyai, kami kembali ke khemah masing-masing. Sayang sangat tak boleh nak tidur sebab panas sangat dalam khemah, Murni pun keluar khemah join sekali dengan team hikers yang lain membawang tengah malam haha. Menjelang subuh, Murni join hikers (yang mana boleh kata mereka ni kaki pancing) pergi ke jeti. Hasil tangkapan tiada sebab air surut haha. Sempat jugalah lelapkan mata sekejap sebelum balik ke kawasan tapak perkhemahan.

Hari Kedua Dua di Tanjung Pisau Sandakan 28 Jun 2020

Aktiviti Outdoor di Tanjung Pisau Sandakan
Ada kisah disebalik gambar haha | Foto oleh Murni Mohd Yusof

Pengisian aktiviti outdoor hari kedua dimulakan dengan senaman pagi, aktiviti Water Rescue Survival dan Bantuan Kecemasan Pernafasan (CPR) & aktiviti memancing di laut. Pengisian aktiviti outdoor kali ni cukup beri makna buat kami semua. Memori daun pisang yeayyy.

Aktiviti Outdoor di Tanjung Pisau Sandakan
Water Rescue Survival | Foto oleh Murni Mohd Yusof

Momen aktiviti Water Rescue Survival & CPR boleh dilihat dalam video di bawah, semoga bermanfaat juga untuk korng semua.


Aktiviti Outdoor di Tanjung Pisau Sandakan
Water Rescue Survival | Foto oleh Faiz Abidin


Aktiviti Outdoor di Tanjung Pisau Sandakan
Team hikers Sandakan | Foto oleh Murni Mohd Yusof

Sebelum pulang wajib ambil gambar 'famili' sebagai kenang-kenangan. Lebih manis lagi bila aktiviti riadah bersahabat & menikmati keindahan alam semulajadi ini diabadikan dalam surat khabar Utusan Borneo & juga online Utusan Borneo. Terima kasih semua team hikers Sandakan kita berjaya mencipta satu lagi memori manis bersama-sama. Jadi aktiviti outdoor seterusnya ke mana kah kita? hihi 

Baiklah, sampai di sini saja Murni nak kongsikan pengalaman aktiviti outdoor yang Murni sertai bulan lepas iaitu berkhemah sambil menikmati panorama alam semula jadi di Tanjung Pisau Sandakan. Kemaskini blog yang akan datang Murni akan kongsikan Misi Rentis Trail Bukit Sundang Sandakan Sabah pula. Terima kasih baca entri ini 😘