Resipi Buttermilk Chicken

Resipi Buttermilk Chicken

Resipi Buttermilk Chicken | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang, jumpa lagi! Hari ni Murni nak berkongsi resipi buttermilk chicken yang mudah disediakan. Sebenarnya ini adalah percubaan pertama kali Murni masak buttermilk chicken hasil dari menonton video Khairul Aming di FB hihi. 

Memandangkan Murni ni penggemar cheese & masakan ni pun ada menggunakan cheese, jadi teringin jugaklah nak cuba masak buttermilk chicken ni. Alhamdulillah percubaan pertama tak pernah mengecewakan, sedap pula rasanya haha. Nah Murni Murni kongsi resipinya;

Resipi Buttermilk Chicken

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN;

Bahan A
  1. Dada ayam
  2. Tepung Bestari Spicy
  3. Telur Butter
  4. Garam
Bahan B
  1. Bawang Holland
  2. Lada/cabai
  3. Butter
  4. Cheese
  5. Susu Cair
  6. Daun kari
CARA PENYEDIAAN BUTTERMILK CHICKEN


Resipi Buttermilk Chicken

  1. Sediakan semua bahan A & B
  2. Perap dada ayam (potong dadu saiz ikut suka hati korang) dengan secubit garam. Kemudian salut ayam dengan telur & tepung bestari spicy.
  3. Goreng ayam tadi.
  4. Masukkan butter. Masukkan bawang holland, kemudian masukkan lada/cabai. Tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan susu cair dalam setengah tin. Kemudian masukkan pula cheese (Murni gunakan 3 slices cheese). 
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. 
  7. Akhir sekali kena masukkan daun kari (Murni tak masukkan daun kari sebab tak jumpa daun kari pun di supermarket haha)
Siap untuk dimakan


Resipi Buttermilk Chicken

Nah video pendek cara masak buttermilk chicken;



Sampai di sini saja perkongsian resipi Buttermilk Chicken dari Murni. Semoga bermanfaat & jangan lupa untuk cuba resepi mudah ni.


Catat Komen

0 Ulasan