Beli IMAGIC Eyeshadow Pallete di Shopee Malaysia

Beli IMAGIC Eyeshadow Pallete di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & salam Sejahtera. Hi, korang! Murni nak kongsi dengan korang berkaitan dengan makeup stuff yang dibeli melalui Shopee Malaysia. Shopee ni boleh kata berhantu jugaklah mana taknya dia dah berjaya hasut Murni untuk shopping online dari dulu kini dan akan datang haha.

Beli IMAGIC Eyeshadow Pallete di Shopee Malaysia


Murni beli eyeshadow pallete ni pada 24/04/2020 dan hari ni 10/05/2020 Murni dah terima parcel. Rasa pelik sebenarnya abam posmen pun ada buat penghantaran time hujung minggu, btw terima kasih. Murni terima parcel lambat sikit sebabnya Murni beli eyeshadow dari Shopee Mall: IMAGIC Official Shop dari luar negara. Kos penghantaran ke Sabah RM5.50.

Murni kalau bab beli eyeshadow online mesti timbul kerisauan sikit sebab takut eyeshadow tu retak seribu. Surprisingly, pihak penjual wrap eyeshadow pallete bersama-sama item lain dengan sangat kemas & material yang mereka gunakan untuk wraping memang boleh selamatkan barang kita dari mudah pecah atau rosak, terbaik.

Beli IMAGIC Eyeshadow Pallete di Shopee Malaysia

IMAGIC 48 Colors Eyeshadow Pearlescent/Matte

Murni beli eyeshadow pallete ni sebenarnya untuk penuhi hobi Murni semata-mata iaitu suka bermekap & recreate makeup looks hihi. Rasanya kalau pergi kerja Murni tak guna kut eyeshadow ni maklumlah boleh kata semua warna eyeshadow ni sangat pigmented sesuai untuk pergi majlis-majlis tertentu. Pallets ni includes matte & shimmer.

Beli IMAGIC Eyeshadow Pallete di Shopee Malaysia

Kotak eyeshadow warna hitam tampak mewah dan menawan gituh, bila buka kotak wow sangat eyeshadow pallete siap ada wrapping dengan bubble wrap lagi. Selamat sikit eyeshadow dekat dalam tu. Suka sangat tengok warna-warna eyeshadow IMAGIC ni, lawa namatey gituh haha.

Beli IMAGIC Eyeshadow Pallete di Shopee Malaysia

Maaflah korang warna sebenar eyeshadow di atas tak berapa jelas sebab gambar dah edited. Tak apa korang boleh terjah terus IMAGIC Official Store okay. Murni beli eyeshadow pallete ni dengan harga promosi saja hanya perlu bayar RM42.00. Harga asal RM103.78 diskaun 60%. Haaa jimat banyak hihi. Beli mana-mana 5 item dapat free gift sponge holder yang comel, hanya terpakai dari tarikh 22 Apr - 26 May.

Hasil menggunakan eyeshadow pallete 


Selain eyeshadow pallete Murni ada juga terbeli benda lain, dah alang-alang masuk kedai ni apa lagi jari-jemari laju saja masukkan beberapa item ke dalam cart haha. Janji pembelian kali ni bajet tak  nak melebihi RM100. Di bawah ni antara item yang Murni beli;

IMAGIC Long Lasting Waterproof Eyebrow Mascara

Beli IMAGIC Eyeshadow Pallete di Shopee Malaysia

First time Murni nak cuba eyebrow mascara sebab tu terbeli juga benda alah ni haha. Eyebrow mascara ni dalam bentuk krim, waterproof, beri efek natural & tahan lama gituh bila pakai. Harga asal RM16.68, tapi Murni hanya perlu bayar RM7.00 sahaja sebab ada diskaun 58%.

IMAGIC Professional Waterproof Liquid Type Makeup Eyeliner

Beli IMAGIC Eyeshadow Pallete di Shopee Malaysia

Eyeliner ni Murni beli sebab eyeliner yang Murni baru beli di Watson dah hilang entah ke mana dia pergi menyorok, penat carinya. Bahan berasaskan air, cepat kering, tahan lama & waterproof. Harga eyeliner ni RM6.00 saja, harga asal RM16.25 diskaun sehingga 63%. Wowww sangat, murah kan? 

IMAGIC Glitter Eyeshadw Metallic Loose Powder

Beli IMAGIC Eyeshadow Pallete di Shopee Malaysia

Rasa tak lengkap sentuhan mekap tanpa glitter bila nak pergi majlis-majlis tertentu, kan? Apa lagi terjebaklah seorang Murni untuk membeli glitter sehingga 4 ketul haha. Murni pilih code P5 Royal Flush, P1 Diamond White, P3 Glisten, & P6 Melon (susunan glitter dalam gambar dari kiri ke kanan). Glitter tahan lama, finishing metallic & glitter. Harga seketul glitter ni RM6.80, harga asal RM19.71 dengan diskaun 66%. Jadi jumlah bagi keempat-empat glitter RM27.20.

Secara keseluruhannya, Murni berpuas hati dengan kualiti bagi kesemua item yang diterima. Berbaloi sangat buat pembelian di Shopee Mall IMAGIC Official Store, hihi banyak diskaun kan. 

Sampai di sini saja personal review beli IMAGIC Eyeshadow Pallete di Shopee Malaysia. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Terima kasih sudi singgah ke blog Murni 😘


*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.