Beli Mini Brush Set & Beauty Blender Sponge di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Hari ni dah masuk hari ke-39 Perintah Kawalan Pergerakan dan hari kedua umat Islam menjalani ibadah puasa, Murni doakan semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T. Dalam tempoh PKP ni datang sikit rajin Murni nak berkongsi personal review dengan pembaca blog. Kalau diikutkan rasanya dah lama Murni tak kongsi produk berkaitan dengan makeup stuff , kali terakhir Murni kemaskini blog May 2019.
Beli Mini Brush Set & Beauty Blender Sponge di Shopee Malaysia
Murni beli mini brush set & beauty blender ni pada 16/04/2020 dan terima parcel pada 23/04/2020. Ada sedikit kelewatan penghantaran bila musim PKP ni, tak apa yang penting barang sampai dengan selamat hihi. Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan Murni gunakanlah alamat rumah, susah sikit kalau nak guna alamat pejabat nanti terpaksa self collect parcel di pejabat pos. Pembelian kali ini Murni beli dari shop theglowonlinestore.
Petite Chic 6 Piece Mini Brush Set
Actually dah lama Murni nak beli Petite Chic 6 Piece Mini Brush Set ni, sayang sangat setiap kali terjah shop theglowonlinestore di Shopee mesti dah sold out. Alhamdulillah kali ni rezeki Murni lah kan, tertunai juga hajat dihati nak memilikinya haha. Murni nak sangat beli sebab brush ni comel dan senang nak di bawa ke mana-mana. Berus mekap ni sumpah lembut yakmat, beg mekap lawa aihhh warna pink 😍
Brushes include;
- Flat Top Buffing Brush
- Angled Blush Brush
- Tapered Contour Blush
- Fluffy Shader Brush
- Blending Crease Brush
- Pointed Crease Brush
Harga Petite Chic 6 Piece Mini Brush Set jenama BH Cosmetics RM35.00.
Beauty Blender Sponge
- Super soft makeup sponge
- Latex free
- Expand bigger after damp
- Comes with random assorted colour & shape
Harga asal RM25.00 ada diskaun dalam 21% dapatlah harga RM20.00 untuk 10 beauty blender sponge ni.
Kos postage bagi kedua-dua item RM5.30. Memandangkan Murni gunakan voucher free shipping dari Shopee, jadi kos penghantaran tak perlu bayar.
Secara keseluruhannya, Murni berpuas hati dengan kualiti berus mekap & beauty blender sponge yang Murni beli dari shop theglowonlinestore. Kalau korang tengah cari barang mekap nanti boleh pertimbangkan beli dari shop ni, korang just search nama kedai nanti jumpalah tu.
Sampai di sini saja personal review beli mini brush set & beauty blender sponge di Shopee Malaysia. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Terima kasih sebab sudi meluangkan masa korang singgah ke blog Murni 😘
*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.
wah..comel je. siapa suka makeup memang wajib beli la
BalasPadamBetul sis wajib beli 🤭
PadamBerbaloi sangat Ngan harga dia..yang selalu make up bolehlah usha produk ni.
BalasPadamBerbaloi beli sesuai dgn kualiti produk 😁
Padamalaaaa...saje la nak goda kita shopping kat Shopee ni kan?
BalasPadamHihi maaf kak SA tak sengaja nak goda 🤭 brg baik kena share jugak 🤣
Padam