Resepi Tom Yam Ayam Mudah & Sedap | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi korang! Jumpa lagi. Entri kali ni Murni nak kongsikan resepi tom yam ayam mudah & sedap hingga menjilat jari gituh haha. Sekarang ni kita masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, mesti ramai antara korang terutamanya yang bujang tetiba rajin masak. Sikit masa lagi dah boleh menghasilkan buku "Resepi Sempena PKP" haha.

Resepi Tom Yam Ayam Mudah & Sedap

Disebabkan Murni teringin sangat nak makan tomyam, gigihlah Murni menggoogle "Resepi Tomyam Mudah & Sedap". Sebelum ni Murni pernah juga masak tomyam tapi rasa dia kurang sikit hihi almaklumlah baru belajar masak 😂 Bila search tu jumpalah artikel mengenai Resepi Tom Yam Dengan Resepi Rahsia Super Sedap dan Pekat! di SAJI.MY. Murni follow resepi yang dikongsikan, ternyata tom yam ayam Murni masak sedap yakmat (alamak terpuji pula) haha, rasa dia sangat lain dengan yang Murni pernah buat sebelum ini. Sumpah tak tipu. Korang wajib cuba.

Bahan-bahan masakan sebenarnya tak lengkap. Kalau diikutkan Murni nak buat tom yam seafood tapi tetiba pula penjual udang terpaksa cancel untuk COD katanya jalan sesak yakmat sebab ada roadblock, Murni pun gantikanlah dengan dada ayam. Masa keluar pergi beli barang dapur, supermarket yang Murni pergi tak ada jual udang pun, cendawan, bunga kobis, putik jagung tak ada stok pula. Lengkuas, serai & pes cili pun Murni terlupa beli tau haha, jadinya Murni masak mana bahan yang ada saja. 

Resepi Tom Yam Ayam Mudah & Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Dada Ayam 
  2. Bawang Holland hiris bulat
  3. Bawang putih di ketuk 
  4. Daun limau purut
  5. Lada padi ketuk
  6. Akar ketumbar (Rahsia tomyam jadi lebih sedap bila letak akar ketumbar)
  7. Sayuran (tomato & carrot) 
  8. Pes Tom Yam Segera Nona
  9. Susu cair
  10. Air secukupnya
  11. Garam 
Cara Penyediaan Tom Yam Ayam (Saiz hidangan untuk 1 orang)
  1. Masukkan 3 cawan air
  2. Masukkan akar ketumbar. Pastikan akar ketumbar telah dibersihkan.
  3. Bila air mendidih, masukkan ayam rebus sehingga ayam bertukar warna jadi putih
  4. Masukkan sekali bawang putih, lada padi & bawang holland.
  5. Masukkan pes tom yam segera. Murni guna setengah dari pes tom yam nona botol kecil. Kacau sebati.
  6. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Masukkan sayuran: carrot. Tomato Murni masukkan lambat sikit.
  8. Masukkan susu cair . Sukatan tak ingat haha Murni main agak-agak saja. Kacau sebati barulah Murni masukkan tomato. 
  9. Akhir sekali taburlah daun ketumbar. Perahan air limau tak letak pun sebabnya pes tom yam yang digunakan pun rasa dia dah cukup.
Siap. Tom yam ni sedap sangat dimakan bersama-sama dengan telur dadar & nasi panas. Tom yam ni mengingatkan Murni dengan zaman belajar di UUM dulu. Masakan ni lah yang menjadi makanan pilihan utama bila berada di semester akhir pengajian.


Resepi Tom Yam Ayam Mudah & Sedap

Sampai di sini saja perkongsian Resepi Tom Yam Ayam Mudah & Sedap. Semoga bermanfaat & selamat mencuba!