Beli British Polo Semi-Circle Crossbody Bag di Shopee Malaysia
Murni beli beg ni 27/03/2020 dengan harapan boleh terima barang ni di tempat kerja Murni, tapi sayang tempoh PKP dilanjutkan pula terpaksalah Murni pergi ambil parcel di pejabat pos hari Isni, 06/04 yang lepas. Pembelian kali ni pun Murni beli melalui British Polo Official Shop di Shopee Mall.
Maklumat Mengenai British Polo Semi-Cirle Crossbody Bag
- PU Material
- Internal Pocket & Compartment
- Come with Long Strap
- Magnetic Top-Closure
- FAbric Lining
- Size: L26CM X H19.5CM X W10CM
- Colour: Pink
Harga asal beg ni RM238.00 dan yang menariknya ada diskaun sehingga 71% jadi harga beg ni RM69.00 sahaja. Murni hanya perlu bayar RM56.81 sahaja sebabnya Murni ada gunakan shop voucher RM11.00 & sekali tebus shopee coins sebanyak 649 bersamaan dengan RM6.49 . Kos shipping ke Sabah Murni perlu bayar RM5.30. Jimat banyak kan hihi.
Secara keseluruhannya, Murni berpuas hati dengan kualiti crossbody bag ni tambahan design beg ni bagi Murni nampak simple tapi sangat cantik. Murni tetap nak bagi 5 bintang even terpaksa pergi sendiri ke pejabat pos untuk ambi parcel dalam tempoh PKP ni.
Sampai di sini saja Murni nak kongsikan personal review beli Bristish Polo Semi-Circle Crossbody Bag di Shopee Malaysia. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Terima kasih korang yang sudi meluangkan masa untuk singgah ke blog Murni 😘
Sampai di sini saja Murni nak kongsikan personal review beli Bristish Polo Semi-Circle Crossbody Bag di Shopee Malaysia. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Terima kasih korang yang sudi meluangkan masa untuk singgah ke blog Murni 😘
*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.
Tiada ulasan
Catat Ulasan