Resepi Spaghetti Bolongnese Meatballs

Resepi Spaghetti Bolongnese Meatballs

Resepi Spaghetti Bolongnese Meatballs | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang 🙋 Rasanya dah lama Murni tak kongsi resepi masakan di blog, last kemaskini blog berkaitan dengan F&B hujung tahun lepas. Hari ni terpaksa mereput di rumah jadi Murni pun terdetik di hati nak kongsikan Resepi Spaghetti Bolongnese Meatballs yang mudah sangat untuk dimasak. 

Resepi Spaghetti Bolongnese Meatballs


Memandangkan bahan untuk masak spaghetti tak cukup terutamanya daging cincang, Murni masak spaghetti ni dengan penuh kasih sayang jelah haha, yang penting sedap, hati pun banyak senang & perut pun kenyang. Actually Murni malas sangat nak keluar pi beli barang dapur tambahan pula sekarang ni kan ada Perintah Kawalan Pergerakan. Nah ini cara macam mana Murni masak Spaghetti Bolongnese Meatballs

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Prego Spaghetti Pasta (boleh try brand lain)
  2. Sos Pasta Prego
  3. Sosej & Meatballs
  4. Lada Hitam
  5. Bawang Putih
  6. Garam & Ajinamoto 
  7. Minyak zaitun (Murni guna minyak biasa saja, minyak zaitun dah habis)
  8. Air


Cara Penyediaan Spaghetti Bolongnese Meatballs
  1. Didihkan air, kemudian masukkan pasta sekali dengan meatballs. Rebus selama 10 minit. Saiz hidangan untuk seorang, jadi pasta tu sikit saja yang Murni gunakan. Siap masak pasta & bebola daging kemudian toskan.
  2. Bawang putih potong dadu dalam 4 ulas & sosej pun potonglah cecantik.
  3. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih & masukkan sekali sosej yang dipotong tadi ke dalam kuali.
  4. Masukkan sos pasta prego, kacau sebati kemudian masukkan sedikit lada hitam.
  5. Masukkan sedikit air, garam & ajinamoto (optional) 
  6. Dah siap masak sos pasta bolehlah tuang atas pasta & meatballs yang dah siap dimasak tadi.
Nah video cara Murni masak Spaghetti Bolongnese Meatballs. 



Terima kasih sudi baca entri Resepi Spaghetti Bolongnese Meatballs, In Sha Allah kalau Murni rajin masak nanti Murni kongsi lagi resepi mudah dan lazat sehingga menjilat jari eh untuk korang cuba okay. Selamat mencuba & menikmati masakan sendiri hihi.

You Might Also Like

0 Comments