Beli Kasut Hiking di Shopee Malaysia
Sejak belakangan ini, minat Murni ke arah membukit lain macam sikit, suka sangat dengan bau hutan dan melihat keindahan alam. Sebab itu Murni perlu beli kasut yang sesuai dipakai untuk pergi hiking. Sebelum ni, kalau pergi hiking Murni hanya pakai kasut lejen Adidas Kampung saja hihi. Kasut ni kurang sesuai dipakai kalau melibatkan trail yang jauh, boleh makan kaki macam kejadian yang Murni pernah rasa masa hiking di Sepilok Laut: Kabili Trail.
Murni beli kasut hiking ni dengan harga RM100 dengan kos penghantaran RM10. Actually Murni order 2 pasang kasut, sepasang lagi untuk kawan Murni. Dua-dua suka membukit, beli barang untuk aktiviti outdoor pun nak sama-sama hihi. Warna pilihan mestilah warna pink untuk Murni & purple untuk kawan Murni haha gegirl sangat. Design Salomon Speed Cross 3 Women Outdoor Professional Solomon Hiking ni bagi Murni sangatlah cantik dengan gabungan warna pink, hitam & purple.
Satu saja yang Murni tak berapa berkenan bila buat pembelian kasut hiking ni, which is shipping information tak update, so agak takut jugalah barang tak sampai haha. Murni order kasut ni 25/02/2020 & alhamdulillah barang sampai ke tangan Murni 03/02/2020 dengan menggunakan ABX Express.
Actually kasut hiking Salomon ni Murni belum rasmi lagi tau, kalau diikutkan Murni nak pakai untuk trip ke Maragang Hill 21 hb ni. Sayang sangat trip kami terpaksa dibatalkan atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa dari 18hb hingga 31 Mac ini. Aktiviti membukit ditangguhkan buat sementara waktu sehinggalah keadaan kembali pulih. Doa yang baik-baik saja untuk semua rakyat Malaysia dan negara-negara yang terkesan dengan COVID 19.
Baiklah sampai di sini sahaja sesi perkongsian personal review Murni. Terima kasih sudi baca entri Beli Kasut Hiking di Shopee Malaysia.
*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.
Cantiknya
BalasPadamCntik kasut tu. alamak.. tiba-tiba rindu jugak nak hiking lagi. huhu
BalasPadam