Beli Women Basic Windbreaker di Shopee Malaysia

Beli Women Basic Windbreaker di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Hari ni Murni nak kongsikan personal review beli Women Windbreaker di Shopee Malaysia. Murni beli windbreaker ni pun sebab nak pakai untuk trip hiking di Maragang Hill bulan lepas, tapi sayangnya trip kami terpaksa ditunda sebab COVID-19 ada Perintah Kawalan Pergerakan, jadinya tak bolehlah nak pergi ke mana-mana.

Beli Women Basic Windbreaker di Shopee Malaysia

Murni beli windbreaker ni awal bulan lepas lagi, tapi hari ni baru ada mood nak kemaskini blog hihi. Pembelian kali ni Murni shopping di F.O.S Mall Shopee . Murni order pada 04/03/2020, kos postage adalah free sebab Murni applied free shipping voucher. Kalau ikutkan kos postage sebenar RM5.30 ke Sabah. Bolehlah jimat sikit untuk kos postage. Murni ada juga reedem point 1,475 Shopee Coins bersamaan dengan RM14.75.

Details Women Basic Windbreaker di Shopee Malaysia

Beli Women Basic Windbreaker di Shopee Malaysia

  • Harga: RM59.00
  • Jenama: F.O.S Navy Navy
  • Material: Polyester
  • Warna: Mustard
  • Originality: 100% original
  • Long sleeve with ribbed cuffs
  • Reinforced interior neck taing for added durability
  • Fitted through body

F.O.S Navy Navy windbreaker ni ada dua warna which is dusty pink & mustard. Kalau ikutkan hati Murni nak sangat beli yang warna dusty pink, sayang sangat saiz Murni dah sold out. Terpaksalah ambil warna mustard. Tak mengapalah warna mustard nampak cantik juga bila pakai.

Memandangkan kos postage free RM5.30 & Murni reedem shopee coins RM14.75, jadi Murni hanya perlu bayar RM44.25 sahaja untuk kos membeli winbreaker ni. Waktu penghantaran ambil masa 5 hari waktu bekerja. Secara keseluruhannya, Murni berpuas hati dengan kualliti F.O.S Navy Navy Women Basic Winbreaker dan servis dari F.O.S Mall Shopee.

Sampai sini saja sesi perkongsian personal review beli women basic windbreaker di Shopee Malaysia. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Terima kasih korang sudi singgah di blog Murni 😘


*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.