Beli Kasut Amsdex Women's Racer Sneakers di Shopee Malaysia

Beli Kasut Amsdex Women's Racer Sneaker di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang! Hari ni Murni nak kongsikan personal review beli kasut Amsdex Women's Racer Sneakers di Shopee Malaysia. 

Beli Kasut Amsdex Women's Racer Sneakers di Shopee Malaysia


Memandangkan kasut sukan Murni dah rosak tapaknya nak tercabut, Murni pun orderlah sepasang kasut sukan di Shopee Malaysia. Murni kena beli juga untuk aktiviti wellness company & aktiviti luar.

Sekarang ni rajin pula Murni pergi jogging waktu malam dengan team Puteri Bukit, sebab tu jugalah Murni perlukan kasut yang selesa dan ringan bila dipakai. 

Beli Kasut Amsdex Women's Racer Sneakers di Shopee Malaysia
Boleh juga dipakai untuk bermain badminton

Murni beli kasut Amsdex Women's Race Sneakers di Shopee Mall ambroscorp ni dengan harga RM35.90 sahaja, harga asal RM199.00 ada diskaun dalam 82%. Murni suka sangat beli barang online kalau ada sales hihi.

Kos penghantaran tak perlu bayar sebab Murni gunakan free shiping voucher. Murni order pada  26/02/2020 & Murni terima kasut ni pada 28/02/2020. Alhamdulillah  barang delivered dengan cepat ke Sabah. 

Kasut Amsdex Women's Racer Sneakers ni memang terbaiklah bagi Murni; selesa dipakai & stylish gituh. Warna dia pun sangatlah cun, gegirl sangat haha.  Selain untuk bersukan, kasut ni pun korang boleh pakai kalau nak keluar jalan-jalan.

Nah Murni bagi link shop, nanti korang boleh terjah lagi banyak kasut di [+] shopee.com.my/ambroscorp . Terima kasih korang sudi baca entri ni.

*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.