Hiking Petang di Bukit Sim Sim Sandakan

Hiking Petang di Bukit Sim Sim Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang! Murni nak share lagi mengenai aktiviti membukit di Bukit Sim Sim Sandakan pada 08/02/2020. Bukit Sim Sim atau dikenali sebagai Elopura Recreation Park antara tempat hiking petang atau malam yang Murni suka, sebab utamanya trailnya yang santai & dapat tengok pemandangan waktu senja & malam yang cantik. 

Hiking Petang di Bukit Sim Sim Sandakan


Boleh kata seminggu jugalah Murni gantung kasut, rasa macam gatal sangat kaki nak pergi hiking. Kalau diikutkan 09/02/2020 Murni dah kena pergi ke Kota Kinabalu untuk menghadiri kursus, 08hb Murni mesti pergi juga hiking kalau tak nanti hati jadi tak keruan etchinggg haha. 

Macam biasa kalau pergi hiking mesti pergi dengan 'Puteri Bukit'. Entah masuk ke berapa kali dah membukit di sini, baru kali ini berpeluang kemaskini blog hiking di Bukit Sim Sim Sandakan. Kami hiking selepas waktu Asar. Starting point adalah melalui perumahan di Astana Height.

Nah Murni kongsi video trail Bukit Sim Sim Sandakan.


Hiking Petang di Bukit Sim Sim Sandakan
Pemandangan dari Pondok

Sampai di Pondok Bukit Sim Sim rehat kejap sambil tu bolehlah menikmati pemandangan laut. Usai berehat dan membawang, kami pun teringin juga nak menguruskan paha dengan menaiki tangga menuju ke hatimu haha. Tempat wajib kena lalui kalau korang nak tengok pemandangan laut dan kawasan perkampungan atas air adalah tangga di bawah ini 😂

Hiking Petang di Bukit Sim Sim Sandakan
Perkampungan Sim Sim

Gambar di atas Murni ambil masa pergi hiking dengan officemate bulan 8, tahun lepas. Hiking kali ni rasa malas sikit nak ambil gambar 🤭Banyak gambar pemandangan sekitar Bukit Sim Sim saja. Nah Murni belanja prmandangan waktu senja di Bukit Sim Sim ❤️

Hiking Petang di Bukit Sim Sim Sandakan

Hiking Petang di Bukit Sim Sim Sandakan

Kami balik selepas azan maghrib. Sepanjang jalan mata terpaku tengok bulan yang cantik yakmat ❤️ Maka tertunailah hasrat di hati nak pergi hiking etchinggg 🤭

Destinasi hiking seterusnya nanti Murni kongsi dengan korang eh. In Sha Allah kalau tiada halangan Murni akan pergi hiking sekali dengan camping. Terima kasih sudi baca entri Hiking Petang di Bukit Sim Sim Sandakan.