Hiking di Pulau Berhala, Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang entri kali ni Murni nak kongsikan berkaitan dengan aktiviti hiking yang Murni sertai pada 02/11/2019 yang lepas bersama-sama dengan colleagues ditemani 3 orang guide. Aktiviti hiking kali ini agak menarik bagi Murni sebabnya kami perlu menaiki bot untuk menuju ke kawasan perkampungan Pulau Berhala sebelum memulakan aktiviti hiking.
Mengenai Pulau Berhala, Sandakan
Mengenai Pulau Berhala, Sandakan
Pulau berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berhadapan dengan perkampungan Sim-sim. Salah satu yang menjadi daya tarikan pulau ini ialah bukit batu pasir yang bercantum dengan ketinggian mencecah sehingga 600 kaki. Kawasan curam bukit merupakan hutan simpan Pulau Berhala. Terdapat kawasan perkampungan di bahagian barat pulau. Di bahagian selatan pulau ini terdiri daripada tebing karang yang curam berwarna kemerah-merahan serta terdapat beberapa gua.
Sebelum Perang Dunia ke-2, Pulau Berhala dijadikan sebagai tempat untuk penempatan pesakit kusta. Semasa Perang Dunia Berlaku tempat ini dijadikan sebagai Pusat Tahanan Perang & Puan Agnes Keith adalah salah seorang daripada tahanan tersebut antara bulam Mei 1942 sehingga Januaro 1943 sebelum dipindahkan ke Kuching Sarawak.
Hiking di Pulau Berhala, Sandakan
Sebelum masuk ke Hutan Simpan Pulau Berhala kami perlu mendapatkan permit dari Jabatan Perhutan Sabah dengan yuran kemasukan sebanyak RM5 untuk seorang & tambang menaiki bot ke Pulau Berhala RM10/orang.
Kami memulakan perjalanan dengan menaiki bot menuju ke Pulau Berhala dalam jam 8 lebih. Anggaran masa perjalanan menaiki bot menuju ke kawasan perkampungan Pulau Berhala lebih kurang dalam 10-15 minit. Kami berpecah kepada dua group; group hiking & berkelah di tepi pantai.
Kawasan perkampungan Pulau Berhala. Laluan hiking agak mencabar sikit sebabnya kami perlu melalui kawasan lereng bukit yang licin (malam sebelum nak pergi hiking hujan sebab tu licin), nasib baik ada disediakan tali untuk berpaut.
Sampai juga ke puncak 1st checkpoint Puncak Rumah Api, 2nd checkpoint Puncak Bohey Luyang tak dapat nak teruskan sebab utama matahari dah terik dalam jam 11 pagi, & group yang berkelah pun akan tunggu lebih lama sekiranya kami teruskan pendakian ke checkpoint seterusnya. Ramai yang cakap pemandangan di checkpoint yang kedua lagi cantik. Tak apa In Sha Allah next time boleh repeat lagi Pulau Berhala.
Periuk kera adalah salah satu tumbuhan yang jarang-jarang kita nampak, tapi kami berpeluang untuk melihatnya semasa dalam perjalanan menuju ke pantai. Periuk kera ni penting untuk kelestarian hutan
Hiking kali ni rasa syok sendiri, eh! sebab kaki tak sakit, laluan trek tidaklah mencabar macam trek di Bukit Leila . Rasa tak puas sebenarnya hiking di Pulau Berhala selagi tak pergi Puncak Bohey Luyang. Tak apa next time boleh pergi lagi 😁
Setakat ini sajalah coretan Murni mengenai Hiking di Pulau Berhala, Sandakan. Korang wajib pergi ke sini tau, pemandangan dia sumpah cantik yakmat. Jumpa nanti kemaskini blog terbaru mengenai tempat hiking yang menarik di Sandakan, Sabah.
Bole bgi details tk jam bot ngn yuran kmasukan dri jabatan perhutanan
BalasPadam