Resepi Ketam Masak Kicap | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Jumpa lagi dalam edisi perkongsian resepi masakan yang Murni masak dengan penuh kasih sayang 😂 Hari ni barulah ada mood sikit Murni nak edit gambar, upload video di YouTube, & menaip di blog. Murni nak kongsikan resepi ketam masak kicap yang mana masakan ni sangatlah mudah untuk disediakan dan yang penting rasa dia sedap hingga menjilat jari gituh (haha)
Disebabkan Murni teringin sangat nak makan ketam, sanggup tau langgar pantang. Actully Murni ni alah dengan makanan laut kecuali ikan. Kiranya Jumaat lepas Murni teman kawan pergi pasar, ternampaklah ketam suri (dalam hati sedap ni kalau masak kicap) apa lagi terus beli. Harga sekilo RM10, tapi Murni just beli 2 ekor dengan harga RM4 sahaja. Siap beli halia seringgit & serai kawan Murni yang bagi.
Cabaran utama Murni bila nak masak ketam ni adalah nak bersihkan ketam. Ni nak reveal cerita sikittt, actually ini merupakan cubaan pertama Murni masak ketam, dah nama pun Murni ni ada alahan dengan makanan laut jadi rasa malas nak ambil tahu macam mana nak masak masakan yang melibatkan makanan laut 😅 Cara nak bersihkan ketam pun siap google & kawan Murni pun siap WhatsApp bagitau cara nak bersihkan ketam. Allah, tepuk dahi sendiri bersihkan ketam pun tak tahu 😂
Resepi Ketam Masak Kicap
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ketam Suri
- Halia
- Serai
- Bawang Putih
- Bawang Merah
- Lada/Cabai
- Kicap Pekat 4A (Magic Cook)
- Air
- Garam & Ajinamoto
Cara penyediaan Ketam Masak Kicap
- Panaskan minyak sikit, kemudian masukkan bawang putih & bawang merah yang dah ditumbuk. Bila dah naik bau, masukkan halia & serai yang ditumbuk & lada (kalau korang tak suka pedas tak perlu letak lada)
- Kemudian masukkan kicap, Murni guna Magic Cook Kicap Pekat 4A sebab rasa kicap ni yang sedap berbanding kicap jenama lain (bergantung pada korang nak guna brand apa pun okeyh)
- Tambah sikit air kedalam bahan-bahan yang ditumis tadi
- Masukkan ketam suri
- Tambah garam & ajinamoto secukup rasa (ajinamoto kalau korang tak suka tak yah letak pun boleh)
Tadahhh siap
Sejak merantau ni rajin sikit masuk dapur, almaklumlah tiada lagi masakan mak yang boleh dijamah. Masak sendirilah jawabnya kan?. Dulu pernahlah sekali tengok mak masakkan untuk adik Murni ketam masak kicap ni. Craving punya pasal, akhirnya dapat jugalah merasa air tangan sendiri ketam masak kicap. Alhamdulillah sedap dimakan dengan nasi panas, bau dia takyah cakaplah harum semerbak, eh!
Terima kasih sudi baca entri Resepi Ketam Masak Kicap, selamat mencuba.
Tiada ulasan
Catat Ulasan