Hiking Bukit Leila Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Akhirnya Murni dapat kemas kini blog dengan entri terbaru. Sejak menetap di Sandakan ni, Murni ada hobi baru tau iaitu hiking. Kalau diikutkan dah masuk kali yang kelima Murni sertai aktiviti hiking di Sandakan.
Antara tempat yang Murni pernah pergi hiking; Rainforest Discovery Centre Sepilok (08/2018), Bukit Leila Sandakan (10/2018), Bukit Mawar Sandakan (02/2019), Kebun Cina Sandakan (07/2019) & sekali lagi Murni pergi hiking di Hutan Simpan Leila Sandakan (10/2019).
Hiking Bukit Leila Sandakan
Sabtu lepas Murni & colleagues sepakat nak pergi hiking di Bukit Leila Sandakan & ditemani dengan seorang guide. Kami berkumpul di kawasan parking Sandakan Futsal, Batu 4 & sebelum memulakan hiking, aktiviti meregangkan otot perlu dibuat terlebih dahulu. Benda wajib yang korang perlu buat sebelum pergi hiking pastikan kena sarapan sejam sebelum nak hiking, jangan jadi macam Murni dahlah sarapan lambat boleh pulak muntah & rasa tak cukup stamina pun ada ๐
Laluan nak pergi gua batu kapur mencabar sikit bagi Murni almaklumkah kaki pendek kaki susah nak cecah batu, nasib baik ada tali boleh berpaut. Dah sampai bawah tu apa lagi ambiklah gambar ๐ Kami dinasihatkan tak perlu masuk ke dalam gua ni atas sebab² tertentu.
Usai melihat sekitar gua batu kapur, sebelum ke checkpoint seterusnya tak sah kalau tak bergambar, kan?. Hiking di Bukit Leila Sandakan kali ini lebih mencabar berbanding tahun lepas yang mana kalau sebelum ini kami hanya perlu mendaki sehingga checkpoint yang mempunyai buaian saja.
Berbeza dengan hiking kali ini, sebelum ke checkpoint buaian kami decide nak pergi tengok gua batu kapur Hutan Simpan Leila sebelum menuju ke checkpoint buaian. Sebab kau teringin sangat nak tengok panorama sekitar gua batu kapur hutan simpan Leila, Murni gigihkan diri jugaklah untuk teruskan hiking ni.
Nikmatnya rasa dapat melihat kehijauan alam sekitar. Rasa hilang penat bila sampai ke checkpoint buaian ni. Mission accomplished gituh. Kami berehat di sini dalam setengah jam kalau Murni tak silap. Dapat baring sekejap atas buaian pun dah rasa selesa sangat. Sebelum balik sempat jugaklah main buaian di bawah ni ๐
"Buai laju-laju saya nak kawen dengan anak raja, eh!" ๐๐๐
Tips untuk korang kalau nak pergi hiking perlu bawa coklat, air minuman & 100 plus at least boleh kurangkan rasa dahaga eh! bagi tenagalah & kurangkan rasa mual² haha. Dalam backpack Murni penuh dengan makanan ๐Benda wajib yang Murni selalu bawa kalau hiking; plaster & panadol ActiFast. Panadol ni mesti ada dalam backpack Murni, takut nanti tetiba migrain menyerang pula.
Sebelum balik wajib ambil gambar sekeping dua di atas puncak untuk dijadikan sebagai kenangan hari tua nanti haha. Masa turun dari Bukit Leila ni rasa malas sangat nak ambil gambar, asyik mengeluh ja bilalah nak sampai rasa penat yakmat ๐
. Balik hiking terus pi cari Ayam Penyet di Restoran Padang Jawa Sandakan.
Destinasi hiking yang seterusnya? Kita tunggu & lihat, In Sha Allah kalau tiada halangan Murni akan kemas kini entri terbaru mengenai hiking ok. Sakit betis & paha pun tak hilang lagi ada hati nak hiking lagi hihi. Tak serik pun nak pergi hiking lagi, dah namapun hobi kan. Terima kasih sudi baca entri Hiking Bukit Leila Sandakan. ๐
Tiada ulasan
Catat Ulasan