Terbang Bersama Qatar Airways
Terbang Bersama Qatar Airways | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak tanya ni korang pernah tak rasa teringin sangat nak terbang ke awan biru dengan menaiki flight yang mewah dan selesa dengan bajet serendah yang mungkin? Haaa ni Murni nak cadangkan pada korang untuk book cheap qatar airways flights . 

Terbang Bersama Qatar Airways


Dalam masa terdekat ini, korang ada tak yang merancang nak pergi ke Melbourne? Mungkin ada di antara korang yang tak tahu lagi macam mana nak dapatkan tiket murah, so dalam artikel ni Murni akan share  tips & info yang mana korang boleh jadikan panduan bila nak pergi travel. Tapi sebelum itu, Murni akan kongsikan beberapa tempat yang menarik untuk dilawati bila korang menjejakkan kaki ke bumi Melbourne;

1. Royal Botanic Gardens


Terbang ke Awan Biru Bersama Qatar
Kredit Gambar Lonely Planet

Taman ini telah dibina pada tahun 1845 dan ia  merupakan salah satu taman botani yang terbaik di Australia. Di sini juga terdapat beberapa bangunan bersejarah yang telah dijaga dengan daik. Apa yang menarik di taman ini adalah ia menempatkan lebih daripada 10,000 bunga dan tumbuhan herba eksotik yang boleh digunakan sebagai ubat tradisional untuk pelbagai penyakit.

Sejak taman ini dibuka, ia telah menghimpunkan lebih daripada 12,000 spesies dan lebih daripada 30,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga dari seluruh dunia. Ambillah masa korang untuk berkunjung ke taman ini dan menyaksikan sendiri kepelbagaian tumbuhan yang sangat cantik. Taman ini juga dijaga dengan sebaiknya malah susunan landskapnya macam taman Lagenda yang terletak di Langkawi.

2. Pasar Klasik 


Terbang ke Awan Biru Bersama Qatar
Kredit Gambar Better Home & Gardens

Pasar Klasik di Melbourne ini telah dibuka pada tahun 1878 dengan menampilkan gaya seni bina Victoria. Kalau korang sampai ke Melbourne, tidak lengkap rasanya kalau tidak membeli sedikit cenderamata untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri atau boleh diberikan kepada famili dan sahabat. Banyak cafe yang menjual makanan dan minuman di sekitar pasar klasik ini.

Pelancong dari Malaysia terutamanya suka berkunjung ke sini. Bukan itu sahaja, hampir setiap minggu akan ada persembahan seni dan kebudayaan yang akan dipertontokan kepada pengunjung. Kalau di Malaysia tempat macam ni kita boleh kaitkan dengan Pasar Seni yang terletak di Kuala Lumpur.

3. Luna Park 


Terbang ke Awan Biru Bersama Qatar
Kredit Gambar Luna Park

Sesekali gembirakan hati anak-anak, apa kata korang bawa mereka ke taman tema Luna Park di Melbourne. Dalam Luna Park ni ada macam-macam jenis pemainan tau antaranya roller coaster, Scenic Railway, Silly Serpent, Twin Dragon, dan banyak lagi yang sesuai untuk hiburan seisi keluarga. Ibu bapa mana yang tak rasa gembira bila melihat telatah anak yang mencuit hati, kan? Untuk pengetahuan korang, taman tema luna park ni mempunyai roller coaster yang cantik dengan landasan yang pasinya boleh membuatkan korang menjerit ketakutan mungkin juga boleh jadi mimpi ngeri 😂. Staf di sini ramah dan sentiasa akan membantu pelawat apabila diperlukan.

4. Melbourne Zoo

Terbang ke Awan Biru Bersama Qatar
Kredit Gambar Wikimedia Commons

Melbourne Zoo telah dibuka sejak tahun 1862 dan masih lagi beroperasi sehingga kini. Australia sangat terkenal dengan pelbagai spesis haiwan yang unik seperti wombat, dingo dan lain-lain. Melbourne Zoo banyak menempatkan pelbagai jenis haiwan anggaran dalam 320 spesis haiwan tempatan dan juga luar negara. Korang jangan risau kalau singgah ke sini persekitarannya adalah terkawal. 

5. Melbourne Cricket Gound (MCG)

Terbang ke Awan Biru Bersama Qatar
Kredit Gambar Wikipedia
Sudah puas berjalan-jalan melihat alam semula jadi, taman tema pun dah pergi. Destinasi seterusnya, apa kata korang beralih ke arena sukan pula. Bagi korang yang suka dengan sukan kriket, tempat ini merupakan tempat yang korang wajib pergi bila ke Melbourne iaitu di MCG juga dikenali sebagai The G. Stadium ini merupakan stadium yang terbesar di Australia dan sepuluh yang terbesar didunia.  Usia stadium ini sudah menjangkau 100 tahun. MCG ini mampu menempatkan seramai 100,024 pelawat dalam satu masa. Wowww hebatnya. 

Walaupun korang tak minat dengan sukan kriket, apa salahnya pergi saksikan sendiri perlawanan di stadium ini untuk melihat sendiri standard infrastruktur sukan dan juga semangat yang ditunjukkan oleh pemain bahkan penontton di Australia. Benda baik, mestilah kita contohi kan?

Dah habis cerita mengenai tempat yang menarik untuk dilawati di Melbourne, jom Murni kongsikan cara macam mana korang boleh dapatkan harga tiket murah. 
  • Pertama sekali korang kena melayari laman web Traveloka ataupun nak lagi mudah korang install saja aplikasi Traveloka.
  • Korang boleh pergi link ni https://www.traveloka.com/en-my/qatar-airways untuk search flight contohnya ke Melbourne, atau nak cari air ticket flights to Melbourne, then korang perlu pilih tarikh bila nak pergi dan cadangan Murni lebih baik korang pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayann sebab masa tu korang boleh menikmati harga tiket yang berbaloi dan best gituh.
  • Seterusnya bolehlah klik search flight. Katalah masa korang search flight tak dapat juga tu maksudnya untuk tarikh yang korang pilih tu tiada flight so korang cuba lagi cari tarikh yang lain pula. Bila search dia keluar juga result dari airline lain, korang boleh buat perbandingan harga dan pilhlah mana yang murah ok. 
Siapa sebenarnya Qatar Airways? Qatar Airways ni bertapak di Qatar dan menjalankan operasinya sehingga ke 160 desinasi dan lebih kurang 70 buah negara. Jadi korang bayangkanlah korang boleh pergi ke mana-mana sahaja bersama Qatar dengan bajet yang murah.