Mango Touch Tote Bag | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang masih dalam mood berhari raya ka tu? Entri hari ni Murni nak share personal review mengenai pembelian Mango Touch Tote Bag yang Murni beli di Shopee Malaysia. Murni ni boleh kata hantu Shopee jugalah hihi
Mango Touch Tote Bag
Actually sebelum ni, tahun 2016 Murni pernah guna Mango Touch Tote Bag warna brown. Masa tu Murni masih lagi jadi pelatih SLB di Lahad Datu. Boleh kata tote bag kesayanganlah pakai pi pejabat. Awal bulan ni Murni nak tukar angin sikit tanak pakai backpack pi pejabat, Murni nak pakai tote bag Mango Touch semula. Sebelum raya hari tu, Murni pun orderlah seketul Mango Touch Tote Bag warna brown di Shopee, shop highsociety.
Butiran Produk
- Synthetic leather
- Handle drop: 23 cm
- One inner compartment
- Button closure
- Measurements: 49cm x 17cm x 29cm
Warna brown jadi pilihan Murni, untuk colour brown saja pre-order tau. Murni order 18/05/2019, item received 03/06/2019. Masa ni Murni tengah bercuti terpaksalah Jumaat lepas baru dapat buka parcel. Harga tote bag ni RM25, postage ke Sabah RM5.57. Jumlah yang perlu dibayar RM30.57.
Gambar Mango Touch Tote Bag
Rating Produk
Kualiti produk terbaik dari ladang, eh! Harga pun sangat berpatutan dan boleh dimiliki. Saiz compartment pun boleh tahan muatlah untuk beg mekap & purse Murni. Tote bag ni boleh digayakan dengan 2 cara sama ada korang butangkan bahagian dalam beg atau tak. Kalau korang nak beg nampak besar just unbotton saja bahagian dalam beg dan sebaliknya ok (boleh rujuk gambar terakhir). Rating produk Murni bagi ⭐⭐⭐⭐⭐
Sekian perkongsian dari Murni, bagi sesiapa yang tengah cari tote bag yang lawa boleh cuba cari di website [+] Shopee Malaysia atau nak lagi mudah korang install saja aplikasi Shopee My.
Salam Aidilfitri Murni..
BalasPadamSis memang suka brand Mango ni sejak belajar di kolej. Besar tote bag ni jadi senang bawa banyak barang..