Beli Oppo Reno dengan RM1 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Lately, rajin pula Murni kemaskini blog 😄 Baca tajuk macam tak boleh nak percaya kan? Tapi itulah kenyataannya, 24/06/2019 yang lepas Murni beli smartphone Oppo Reno dengan hanya perlu buat bayaran RM1 sahaja.

Beli Oppo Reno dengan RM1

Murni dah lama ni pendam rasa nak  beli handphone baru, eh! Actually handphone Oppo A37 yang Murni beli awal tahun 2017 buatkan hati Murni rasa tak keruan 😂 malas dah asyik bergaduh memanjang dengan storage yang kecik sehinggakan Murni kena uninstall mana-mana apps yang tak digunakan, kadang tu bila nak guna balik apps yang dah uninstall terpaksa jugaklah Murni kena install semula. 

Bukan itu saja masalah yang Murni kena hadap, bateri cepat habis pun satu hal kena siap sedia bawa power bank lagi, then bila power bank rosak penggunaan handphone pun terpaksa dikurangkan terutamanya bila Murni pergi kursus.

Selain itu, Murni kalau handphone cepat panas mulalah rasa takut handphone ni nak meletup ke apa 😂 Murni guna pun tak lama mana pun just scroll newsfeed media sosial saja tak ada pun nak main game bagai.

Disebabkan masalah di atas, Murni bulatkan kemahuan Murni untuk beli smartphone baru. Actually, Murni pilih RM1 with MaxisONE Plan 188 siap dapat rebat lagi, so setiap bulan Murni kena buat bayaran RM170++ kontrak selama 2 tahun. Boleh pilih mana-mana smartphone yang available dan rasai pengalaman jaringan 4G. 

Smartphone yang jadi pilihan Murni sudah semestinya dari jenama Oppo juga, Oppo Reno warna Jet Black. MaxisONE 188 ni merangkumi data 60GB + 4x MaxisONE Share line. Part yang paling best bila mana line Maxis lebih laju di tempat kediaman Murni berbanding dua telco yang Murni guna, puas hati sangat guna Maxis.

Mana nak dapatkan plan ni? Alah korang pergi saja Maxis Centre yang berdekatan di tempat korang.  Nanti korang boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan plan Maxis ditawarkan. Jangan lupa bawa kad pengenalan diri, kad kerja korang & duit seringgit tau 😂

Mengenai Oppo Reno

Oppo Reno merupakan salah satu keluaran terbaru Oppo yang menampilkan smartphone dari kelas pertengahan premium. Harga pasaran Oppo Reno di Malaysia adalah RM1,999. Saiz skrin smartphone ini adalah 6.4" menggunakan panel AMOLED on-cell. Oppo Reno menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 710 dengan GPU Adreno 616 dengan memori 6GB RAM dan storage dalaman sehingga 245GB. Perghhh hilang terus masalah storage kecik yang Murni hadapi sebelum ini. Untuk pengetahuan korang Oppo Reno tidak mempunyai sebarang slot memori kad sebab storage dia pun boleh tahanlah besar.

Kamera swafoto Oppo Reno adalah tersorok di bahagian belakang skrin berbentuk seakan-akan sirip jerung dengan sistem pop-naik 16MP. Ia juga memiliki sistem keselamatan yang mana apabila smartphone ini terjatuh kamera yang pop-naik akan kembali kepada kedudukan yang asal. Kamera belakang Oppo Reno pula adalah dwi-lensa yang mana menggabungkan kamera utama 48MP + 5MP  pengesan kedalaman. Kamera dia sumpah lawa sangat, lepas ni lebih semangat nak tangkap gambar & buat video.

Kapasiti bateri Oppo Reno adalah 3765mAh. Bagi Murni kapasiti bateri dia pun dah lebih dari cukup, Murni pakai dari pagi ke petang pun masih boleh bertahan lama. Kalau cas handphone pun kemain laju penuhnya tak perlu tunggu sehingga berjam lamanya.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Oppo Reno, korang boleh layari https://www.oppo.com/my/

Hasil Gambar dari Kamera Oppo Reno

Kamera Belakang Oppo Reno

Hasil gambar guna kamera belakang tak mengecewakan langsung, cantik sangat. Gambar di atas Murni ambil masa pergi kursus minggu lepas.

Kamera depan Oppo Reno
Kamera depan Oppo Reno over sangat beautynya 😂

Berakhirlah sudah sesi perkongsian Murni mengenai Beli Oppo Reno dengan RM1. Murni jangan lupa bayaq tau tiap bulan 😂