Peniaga Online Yang Jujur

By Murni Mohd Yusof - 5/30/2018

Peniaga Online Yang Jujur

Peniaga Online Yang Jujur | Assalamualaikum & salam sejahtera. Finally I'm back! Sumpah rindu teruk, nak sangat menulis di blog. Blog Murni ni dah terabai almost 5 months tau, so hari ni Murni nak balas dendamlah update blog. Sabah cuti tiga hari berturut-turut kan, bolehlah jari jemari ni menari di papan keyboard tak gitu 😃 Actually banyak benda nak kongsi di blog, tapiii buat masa ni biarlah dulu semua memori tu tersimpan rapi dalam ingatan. Hari ni Murni just nak kongsikan pengalaman Murni berurusan dengan peniaga online yang jujur di bulan puasa ni.

Peniaga Online Yang Jujur

Murni kalau bab shopping online, tempat yang selalu Murni kunjungi sudah semestinya Shopee Malaysia. Sejak mula kenal dengan Shopee tahun lepas, rasanya nak beribu juga duit yang dah terbang melayang 😂 17hb yang lepas Murni dah buat pembelian seketul foundation Rosetyara kod Snowdrop secara online di Shopee Malaysia. Kalau ikutkan kebiasaanya Murni akan beli foundation RT ni bila balik ke kampung, tapi tidak kali ni Murni decide beli online saja memandangkan Murni balik kampung pun hujung bulan. Foundation pun dah tinggal sikit  takkan nak tunggu sampai hujung bulan & cara paling cepat beli online 😁. Tempat Murni stay sekarang ni tak jumpa lagi mana-mana kedai kecantikan yang jual foundation RT. Foundation RT sentiasa di hati memang tak pilih yang lain dah.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Murni ingatkan bila beli secara online ni tiada masalah yang akan timbul, rupanya ada juga. First time jadi bila mana foundation yang Murni order tak sama dengan item yang sepatutnya Murni terima. Ampun bila pegang parcel pun dah rasa semacam, terus bermonolog "kena tipu ka? kenapa ringan sangat?". Murni order RT kod Snowdrop 40g dengan harga RM92 & yang sampai ke tangan Murni foundation RT kod Snowdrop 5g (rujuk gambar dibawah). Bila dah buka parcel, I is kecewa tau. Tapi cepat-cepat pujuk hati mungkin seller tersilap pos. 

rosetyara trial 5g, rt snowdrop

Waktu rehat time bulan puasa dah dipendekkan kepada setengah jam saja, masa ni jugalah Murni kena manage masa Murni untuk solat & personal mesej dengan seller Shopee. Alhamdulillah sejuk sikit hati bila dah personal mesej dengan seller Shopee & dia pun dah minta maaf sebab tersilap pos. Murni puji sangat dengan sikap seller yang mengakui kesilapannya dan bertindak cepat untuk selesaikan masalah customer. Nasib baik dapat berurusan dengan peniaga online yang jujur.

Personal Mesej Seller online

Bila waktu rehat Murni dah nak habis, Murni hanya sempat baca mesej "trial RT kena pos semula". Bermonolog lagi "kena pos semula? menyusahkan sangat dah lah kerja mana sempatnya nak pi pejabat pos lagi" . Masuk kerja balik hati dah tak tenang oiii 😅 Jam 4 lebih waktu nak balik barulah Murni sempat jenguk mesej dari seller tu & suprisingly dia beritahu tak perlu pos yang trial RT (rujuk gambar di atas). Apa lagi terus berbunga-bungalah hati. Alhamdulillah rezeki bulan puasa juga. 

rosetyara kod snowdrop, rt snowdrop, calit-calit jelita

After a few days. alhamdulillah Murni dah received foundation Rosetyara kod Snowdrop 40g siap dapat sampul duit raya 2 pek lagi. Lepas ni tak perlu beli sampul duit raya, guna yang ni pun dah cukup. Terima kasih seller shopee.com.my/splendizashoppe sebab beri trial foundation RT percuma & memudahkan  lagi urusan jual beli ni. Moga murah rezeki awak lepas ni. Akhir kata jadilah peniaga online yang jujur 😁 

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Wahh memang suka peniaga online yang jujur.Semoga beliau dimurahkan rezeki dalam perniagaan.

    BalasPadam