Beli Tapestry Murah di Shoppee Malaysia
Credit Image: Shopee Malaysia Edited by Me
Beli Tapestry Murah di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & hi readers 😁 Hari ni Murni nak share personal review mengenai tapestry. Actually dari tahun lepas lagi Murni memang teringin sangat nak beli tapestry. Memandangkan masa tu harga tapestry bagi Murni mahal, masa Murni survey harga tapestry above RM70, terus tak jadi beli rasa macam tak berbaloi pulak nak beli mana nak bayar postage lagi. Haha berkira sungguh masa tu .

Beli Tapestry Murah di Shopee Malaysia

Kali ni Murni berpeluang beli tapestry terlajak murah dari [+] Shopee Malaysia. Korang cuba teka Murni beli dengan harga berapa? Baca sampai habis entri ni hihi Murni sarankan korang install aplikasi Shopee My di Play Store, mudah sikit nanti korang nak pilih barang yang berkenan di hati. Confirm korang akan jadi rambang mata bila shopping di Shoppee Malaysia, macam Murni sendirilah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Barang semua murah murah weyh sapa yang tak suka, banyak pilihan pula.

Beli Tapestry Murah di Shoppee Malaysia

Sebab utama Murni beli of course nak ambil gambar yang cantik berlatar belakangkan tapestry dan Murni siap jadikan tapestry ni sebagai hiasan dinding di ruang tamu, fungsi dua dalam 1 😁 Murni order tapestry guna aplikasi Shopee My. Memandangkan tapestry ni dari China, Murni dapat parcel hari ke 10 selepas tarikh order dibuat. Bagi Murni servis penghantaran dah kira cepatlah sebab barang pun dari overseas ke Sabah. 

Beli Tapestry Murah di Shoppee Malaysia

Saiz tapestry yang Murni beli ni berukuran 210x150cm, jenis fabrik yang digunakan ialah Polyester. Bagi Murni kualiti produk sangat baik dan good value for money. Puas hati 200% 😁

Eh sebelum Murni terlupa, Murni beli tapestry ni dengan harga RM22.80 plus kos postage RM13.20, total yang Murni perlu bayar Rm36.00 sahaja. Murah kan??? Actually ada lagi tapestry murah dari yang Murni pilih ni, tapi sayang corak dia pula yang Murni tak berkenan sangat.

Korang yang tercari-cari tapestry murah, bolehlah berkunjung ke website Shopee Malaysia. Next time Murni share personal review, barang apa lagi yang Murni beli. Benda baik wajiblah dikongsi bersama πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Ok bai.