Farewell Party: Tamat Kontrak Perkhidmatan

Farewell Party: Tamat Kontrak Perkhidmatan | Assalamualaikum & Hi readers 😁 Kalau diikutkan hati Murni nak update blog hari rabu yang lepas, disebabkan nak tukar template blog terpaksalah tangguhkan niat tu. Lama tau tak mengadap coding, that's why ambil masa sikit nak siapkan blog. 

Farewell Party Tamat Kontrak Perkhidmatan


Murni nak update blog mengenai farewell party tamat kontrak perkhidmatan Murni di KWSP Cawangan Lahad Datu sebagai pelatih. Blog ni lah medium yang sesuai untuk Murni simpan semua memori pahit manis yang berlaku dalam hidup, cewahhhh ayat kemain lagi. Betullah nanti kalau rindu, boleh bukak blog.

Farewell ni dibuat usai mesyuarat. Gambar semua dah ada dalam simpanan Murni tapi sayang bila Murni nak edit, saiz gambar pula 320x180 bila zoom gambar tak clear & pecah² . 

Murni start jadi pelatih 1 Mac 2016 dan kontrak perkhidmatan Murni tamat 28 Februari 2017, hari selasa yang lepas. Tak sangka cepat ja masa berlalu.Tipulah kan kalau Murni cakap tak sedih bila dah tamat kontrak. Baru beberapa hari tak kerja dah rindu weyhhh nak jumpa dengan ahli KWSP yang banyak ragam hihi.

Terima kasih yang tak terhingga kpd semua staf kwsp atas segala ilmu, kebaikan, pengalaman, sokongan, memori daun pisang yg tercipta (dr nda pandai menari boleh menari bnyak lagilah). Kalau ada terkasar bahasa dan salah silap minta ampun maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki. Minta halalkan makan minum sepanjang tempoh berkhidmat. Murni doakan semoga EPF LD terus sukses selalu. Lastly terima kasih untuk kata² semangat & doanya.