Program Diet HCG Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti | Assalamualaikum & salam sejahtera. Bagi anda yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan sedang mencari rawatan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut, Murni akan perkenalkan kepada anda sebuah Program Diet HCG, revolusi baru dalam rawatan obesiti. Anda akan dipantau oleh Dr Malinda Mohd Ali iaitu seorang Pakar Penuaan Sihat dan Obesiti dari Future Wellness Sdn Bhd, Health & Training Consultancy. Sebelum itu, ada baiknya Murni terangkan terlebih dahulu mengenai obesiti untuk pemahaman anda.
|
Apa yang anda perlu tahu mengenai Obesiti
Obesiti adalah sejenis 'penyakit' yang membawa kepada masalah dunia moden pada hari ini dan ia hampir tidak wujud pada 50 tahun dahulu. Antara penyebab berlakunya fenomena 'Obesogenic' ialah pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti-aktiviti fizikal.
Metabolisma yang tidak menentu, hormon tidak seimbang dan pengurangan kalori sahaja kadang-kadang tidak dapat membantu dalam menurunkan berat badan yang kian meningkat naik. Hal seperti ini yang acap kali menjadi dilema dalam kalangan mereka yang mengalami masalah obesiti.
Anda mempunyai risiko sekiranya mempunyai;
Body Mass Index (BMI) > 23
Ukur Lilitan Pinggang Melebihi
> 102 cm (40 inch) bagi Lelaki
> 80 cm (35 inch) bagi Wanita
Body Mass Index (BMI) > 23
Ukur Lilitan Pinggang Melebihi
> 102 cm (40 inch) bagi Lelaki
> 80 cm (35 inch) bagi Wanita
Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan individu. Anda dikatan obese apabila peratusan lemak badan melebihi 32% bagi wanita dan 25% bagi lelaki. Bukan itu sahaja, obesiti berkait rapat dengan pelbagai penyakit seperti
Diabetes
(Kencing Manis)
|
Stroke
(Angin Ahmar)
|
Kanser Kolon
(Usus Besar)
|
Masalah kulit
|
Hipertensi
(Darah Tinggi)
|
Batu Hempedu
|
Masalah Pernafasan (Respiratori)
|
Osteoarthritis
|
Kolestrol Tinggi
|
Kanser Payudara
|
Masalah muskuloskeletal
|
Penyakit Alzheimer’s
|
Penyakit Jantung Koronari
|
Kanser Prostat
|
Vena Varikos
|
Gout
|
Infertility (Ketidaksuburan)
|
Sleep Apnea
|
Masalah Psikologi (Kurang keyakinan diri)
|
Depressi
|
Mungkin ada dalam kalangan anda yang mengalami situasi di mana sebelum ini pernah cuba untuk berdiet beberapa minggu tetapi berat badan susah nak turun 1-2 kg dan pada akhirnya anda berputus asa. Kenapa masalah tersebut boleh timbul?
Ini jawapannya. Sebenarnya, tidak semua jenis lemak itu adalah sama. Hal ini kerana terdapat tiga jenis lemak dalam badan kita yang mempunyai fungsi berbeza. *rujuk jadual di bawah.
Berikut merupakan 3 jenis lemak yang anda perlu ketahui
1.
Lemak Untuk Struktur
(Structural
Fat)
|
2.
Lemak Normal
(Normal
Fat Reserve)
|
3.
Lemak Abnormal
(
Abnormal Stored Fat )
|
Lemak baik’ ini penting untuk melindungi organ
dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak
digunakan sebagai sumber tenaga
|
'Lemak baik' terdapat di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan
dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi seperti 'Tangki Tenaga'
|
'Lemak
tak berapa nak baik' di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang
tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ
dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan
'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda
|
Untuk pengetahuan anda, Lemak Abnormal sangat aktif mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan mengganggu sistem tubuh badan. Lemak ini tidak digunakan sebagai sumber tenaga utama kecuali dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja yang mana lemak ini akan dibakar dan mula digunakan sebagai tenaga.
Ringkasnya, bila anda berdiet 1-2 bulan pertama, Lemak Jenis 2 yang akan mula dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal dan hanya akan dibakar dalam keadaan 'kebuluran' sahaja.
Bagaimana cara untuk menggerakkan Lemak Jenis 3 yang degil itu? HCG adalah transformasi rawatan terbaru untuk 'menggerakkan' Lemak Jenis 3 tersebut.
Apa itu HCG?
Program Diet HCG Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti
Apa itu HCG?
Human Chorionic Gonadothrophin, HCG adalah sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita). Ia dihasilkan dengan kadar yang tinggi ketika wanita hamil bagi memastikan perkembangan bayi sihat di mana ianya membantu hypothalamus memberi ransangan mengeluarkan lemak-lemak tersimpan untuk digunakan sebagai sumber tenaga.
Selain itu, hCG berfungsi sekiranya tubuh berada dalam keadaan 'kebuluran' di mana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 - 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
hCG bukanlah 'sex hormon'. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita iaitu menjadi kunci untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan.
Bagaimana hCG Berfungsi Untuk Merawat Obesiti?
Rawatan ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons iaitu seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting untuk mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil sebagai Hypothalamus.
Hypothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia boleh mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.
Obesiti berlaku apabila hypothalamus gagal berfungsi dengan baik seterusnya membawa kepada gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak berkesan dan pengumpulan lemak berlebihan di bahagian perut, peha, punggug dan lengan. Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yang mengandungi lemak trans, gula dan bahan pengawet.
hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk menggerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan di dalam badan; lemak yang terkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai 'survival strategy'.
Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan 'subcutanoeus fats' iaitu lemak yang memberi bentuk muka dan payudara. Oleh hal yang demikian, kebanyakan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.
Apakah Prinsip Yang Digunakan Dalam Rawatan Ini?
hCG menggunakan kombinasi diet rendah kalori dengan prinsip pemakanan diet sihat supaya dapat memberikan 'trick' kepada hypothalamus dan membantu 'membuka kunci' lemak seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan Lemak Jenis 3 atau Lemak Abnormal digerakkan. Pergerakan lemak tersebut akan membekalkan 1,500 - 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.
Anda tidak perlu risau mengenai kombinasi tersebut kerana semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda. Kebaikan program ini adalah seperti 'DETOX' program manakala diet yang anda perlu ambil hanyalah diet yang sihat, tanpa gula, karbohidrat yang sihat, tanpa makanan segera atau terproses, rendah lemak dan tiada minuman berkarbornat. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda berjaya dalam program ini. Ia bukan sahaja sekadar diet untuk kurus bahkan melibatkan proses 'membersihkan sel-sel badan'.
Melalui proses cleasing dengan pengurangan kalori dilakukan, anda akan rasa lebih sihat dan tidak lagi menghadapi masalah 'food craving' atau 'food addiction'. Keadaan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan cara hidup untuk jangka masa yang panjang selepas ini.
Bagaimana Rawatan Ini Dilaksanakan?
Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari yang mempunyai 3 Fasa iaitu, Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase
Jangan RISAU kerana pakar kami akan sentiasa membantu anda!
Cara untuk mengambil hCG injection adalah seperti berikut;
Kebaikan Progam Diet hCG
Kesan Sampingan Rawatan hCG
Soalan Lazim Mengenai Program Diet HCG
Testimoni Pengalaman Peserta Program Diet hCG
Bagaimana Ingin Memulakan Program Diet hCG ini?
Apakah Prinsip Yang Digunakan Dalam Rawatan Ini?
hCG menggunakan kombinasi diet rendah kalori dengan prinsip pemakanan diet sihat supaya dapat memberikan 'trick' kepada hypothalamus dan membantu 'membuka kunci' lemak seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan Lemak Jenis 3 atau Lemak Abnormal digerakkan. Pergerakan lemak tersebut akan membekalkan 1,500 - 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.
Anda tidak perlu risau mengenai kombinasi tersebut kerana semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda. Kebaikan program ini adalah seperti 'DETOX' program manakala diet yang anda perlu ambil hanyalah diet yang sihat, tanpa gula, karbohidrat yang sihat, tanpa makanan segera atau terproses, rendah lemak dan tiada minuman berkarbornat. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda berjaya dalam program ini. Ia bukan sahaja sekadar diet untuk kurus bahkan melibatkan proses 'membersihkan sel-sel badan'.
Melalui proses cleasing dengan pengurangan kalori dilakukan, anda akan rasa lebih sihat dan tidak lagi menghadapi masalah 'food craving' atau 'food addiction'. Keadaan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan cara hidup untuk jangka masa yang panjang selepas ini.
Bagaimana Rawatan Ini Dilaksanakan?
Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari yang mempunyai 3 Fasa iaitu, Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase
Jangan RISAU kerana pakar kami akan sentiasa membantu anda!
Cara untuk mengambil hCG injection adalah seperti berikut;
- HCG injection 125IU diambil setiap pagi
- Injection - selewat-lewatnya sebelum jam 11 pagi
- Injection - sebelum sarapan pagi
Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya inject di bahagian lemak perut yang anda mahu buang. Teknik injection yang betul turut disediakan
Rawatan hCG adalah selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G.
Dengan mengambil program hCG ini untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda, di mana ramai klien yang mengalami masalah kesuburan dan telah berjaya hamil setelah mengikuti program ini.
Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG efektif dan selamat dalam rawatan obesiti.
- Dapat membantu membuang lemak-lemak lama dan dapat membantu badan menjadi pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa mengganggu tulang dan otot.
- Selain dapat menurunkan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah 'Inch Loss' yang mana saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.
- Dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan. Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tona kulit yang lebih cantik dan tiada lagi 'food craving; terhadap karbohidrat dan gula. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.
- Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga - ini akan mengurangkan radang di dalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolism lain.
Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!
Rawatan ini akan dipantau oleh doktor dan ianya adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)
Namun begitu, terdapat kemungkinan kesan yang akan berlaku sepeti sembelit, lapar, letih, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walau bagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu mengatasinya.
Kajian yang dijalankan oleh Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya menbuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangka masa panjang berbanding klien yang hanya mengambil diet sahaja.
1. Adakah Berat Boleh Mendadak Naik Setelah Berhenti Program ini?
Bonus daripada program ini adalah ia dapat membantu menyeimbangkan metabolism badan. Jika anda disiplin dalam program ini. anda akan dapat meningkatkan metabolism badan ke satu 'setting' yang baru seterusnya dapat mengelakkan berlakunya kesan 'YoYo' (kenaikan mendadak setelah berhenti rawatan)
2. Berapakah Dos hCG Yang Digunakan Dalam Rawatan Ini?
Wanita mengandung menghasilkan 500,000 - 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 - 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi dalam program ini, hanya 125 - 200 IU hCG yang akan digunakan. Semua hCG (dalam bentuk injection dan homeopathy) dihasilkan di makmal daripada sel sterile.
*hCG bukan diekstrak daripada wanita hamil - fakta yang sering disalah tafsir (common misconception)
3. Adakah Saya Akan Lapar Sepanjang Program Ini?
Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 - 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. Anda akan lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.
4. Berapa Berat Yang Saya Boleh Turun?
Anda berpotensi untuk menurunkan berat badan 0.5 kg sehari dan ianya bergantung pada individu. Kebiasaanya potensi penurunan antara 6-8 kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam dalam masa 23 hari. Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi penurunan sehingga 15-20 kg.
5. Tak Bahayakah Berat Badan Turun Secara Mendadak?
Kajian terbaru menyatakan bahawa pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada klien. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5 kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Penurunan tersebut adalah selamat dan tidak akan mengganggu metabolism atau sistem badan.
Berikut merupakan antara testimoni pengalaman peserta program diet hCG yang telah berjaya mengatasi masalah mereka.
1. Puan Salwa
2. Puan Ruslina
Rezeki bukan hanya wang ringgit tetapi masa, ilmu….dan KESIHATAN adalah rezeki yg tidak ternilai.Usia..jantina..siapa kita bukan faktor penentu kejayaan..Semua orang boleh berubah kepada yang lebih baik..It’s start with your BIG WHY.. (Nak lagi jelas tanya sifu.. DR MALINDA MOHD ALI)Terima kasih sahabatku Dr Fakriyah Abdullah kerana perkenalkan saya kepada insan istimewa iaitu Dr Malinda Mohd Ali pengasas Program Latih Diri Langsing @ LDL1060 yang sangat komited membantu sesiapa sahaja menangani masalah berat badan dan mencapai kesihatan yg lebih baik.Saya bermula dengan berat 71 kg..Selepas 2 bulan ikut program LDL turun 8 kg..After 6 months capai berat 50 kg (ideal weight)….still maintain ideal weight21 kg = 2 kampit beras 10 kg lemak berjaya disingkirkan#hcgdrmalinda#ldl#jihadsihat |
Testimoni lain yang telah berjaya dalam program ni, anda boleh rujuk [+] Pernah Dihina Kerana Obes
Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi dan kekuatan impian untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. SET MINDA ANDA - 23 atau 46 hari ini adalah waktu membersihkan diri, pembuangan lemak dan detoksifikasi. Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz anda sekarang.
Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi untuk menjadi lebih sihat dalam jangka masa yang panjang. Kuatkan semangat untuk melawan nafsu dan keinginan - Ini adalah proses untuk 'RESET' Hypothalamus.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, anda boleh WhatApps Dr. Malinda di talian +60 17 508 4430 atau boleh menghantar email di drmalinda@gmail.com
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program ini kerana pada bulan ini terdapat promosi diskaun istimewa dan juga free gift yang akan diberikan kepada para peserta.
Facebook: Dr Malinda Health & Beauty Academy
SEMOGA ANDA BERJAYA!!!
Tiada ulasan
Catat Ulasan